rebusan air serai

Selalu mengalami kencing kotor? Ia biasanya sering berlaku kepada wanita terutamanya ibu-ibu yang penat menguruskan rumah tangga. Apa kata jom amalkan minum rebusan air serai ini.

Kebersihan diri juga boleh menjadi punca selain dari faktor saluran air kencing perempuan yang pendek berbanding lelaki.

Jika sering merasa pedih atau sakit ketika membuang air kecil, sebaiknya anda terus mendapatkan rawatan doktor. 

Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!

KHASIAT REBUSAN AIR SERAI

Berbalik kepada air rebusan serai tadi, Dr Rizal Abu Bakar turut berkongsi tip bagaimana menggunakan air rebusan serai yang baik untuk menyingkirkan kuman. Jom cuba!

Kalau kerap kencing dan rasa pedih bila kencing, mungkin ada jangkitan kuman. Amal minum jus serai untuk flush kuman – kuman.

Serai ni orang dulu dulu mesti tanam belakang rumah. Wajib ada lah pokok serai. Senang tumbuh. Tak perlu jaga sangat.

Tahukah anda? Batang serai digunakan sebagai natural remedy untuk UTIs atau jangkitan kuman pada pundi kencing.

Ambil 4 batang serai. Ketuk ketuk sikit. Isikan 2 mug air dalam periuk. Masukkan serai. Rebus 5-15 minit. Bila sejuk sikit dah boleh minum.

Lepas 10 minit akan rasa nak terkucil. Serai ni bersifat diuretic. Keluarkan air dari tubuh.

Juga buang toksin yang melekat pada lemak-lemak. Terima kasih pada citric acid dalam serai.

Serai juga bantu stabilkan level pH dalam saluran pundi kencing. Sekaligus halang bakteria menetap secara haram di situ.

Ia turut direkodkan dalam kajian sains, dalam Journal of Biosciences and Medicines tahun 2016.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Baca juga: Khasiat Air Nasi Atau Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Boleh Jadi ‘Ubat’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN