Ketam adalah salah satu makanan laut disukai ramai kerana isinya manis. Sekali-sekala, anda perlu cuba masakĀ Ketam Sambal Telur Pecah untuk seisi keluarga.
Nurul Ateekah telah kongsikan resipi Ketam Sambal Telur Pecah di Facebook sampaikan ramai memuji hasilnya yang begitu sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan serai. Biarkan aromanya naik dahulu.
2. Kemudian, masukkan halia dan bawang putih. Masak sehingga sedikit keperangan, masukkan bawang dan masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan ianya masak seketika.
5. Seterusnya, masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
6. Setelah itu, masukkan ketam dan 1 cawan air. Biarkan ketamnya masak dengan sempurna sambil menggunakan api sederhana.
*Jika kuahnya kering, jangan ditambah air lagi. Biarkan saja, nanti air ketam akan keluar sendiri.
7. Apabila sudah masak, boleh masukkan telur dan pecahkan di dalam kuali. Gaul rata sehingga telur masak, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!
Walaupun hidangan ketam merupakan menu paling lazat dan sering dipesan di mana-mana restoran makanan laut, namun ia tak dapat menandingi Ketam Sambal Telur Pecah ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Baca juga: Resepi Shellout Homemade Yang Simple, Macam Ini Lebih Puas Makan
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…