ketam masak cili

Peminat makanan laut wajib cuba Ketam Masak Cili Ala Singapore. Hidangan ini memang terkenal di restoran makanan laut, tapi mudah nak buat sendiri di rumah jika tahu caranya.

Ketam Masak Cili Ala Singapore ialah hidangan ikonik dari Singapura yang berasaskan ketam segar dimasak dalam kuah cili yang pekat, manis, masam dan sedikit pedas.

Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor telah kongsikan resipi Ketam Masak Cili Ala Singapore di Facebook yang hasilnya pedas manja membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba!

Baca juga: Ketam Masak Telur Masin, Nak Warna Cantik Keemasan Tambah Serbuk ‘Ini’

RESIPI KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE

ketam masak cili

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ketam
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • ½ cawan air
  • 1 biji telur dipukul
  • Daun kucai (hiasan)

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 cili merah
  • ½ inci halia
  • ½ inci belacan
  • 2 biji buah keras

Cara-cara masak:

  1. Bersihkan ketam dan tabur sedikit garam.
  2. Goreng sampai ketam berubah warna kemerahan, angkat dan toskan.
  3. Tumis bahan kisar dan sos cili sampai pecah minyak.
  4. Masukkan cuka, sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ketam, gaul rata dan biar masak sekejap.
  6. Tuang telur di sekeliling ketam dan biarkan sekejap.
  7. Gaul rata sampai menyaluti ketam tadi dan masak sampai pekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor

Baca juga: Ketam Sambal Telur Pecah, Kombinasi Ini Berjaya Buat Ramai ‘Approve’ Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN