Jom cuba resipi kerepek pisang mudah menggunakan 3 bahan sahaja. Snek ini merupakan jajan tradisional yang masih digermari sehingga kini.
Harga sekarang boleh tahan mahal juga kalau beli di kedai. Jadi tak salah kalau nak lagi jimat kita buat sendiri di rumah.
Berikut merupakan perkongsian dari Saudari Khaula Anis. Semoga bermanfaat!
Kerepek pisang mudah 3 bahan.. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit.
Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, rahsia dari peniaga kerepek.
1. Kupas kulit pisang. (saya guna pisang berangan)
2. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Biarkan ia mencair dan sebati.
3. Sagat pisang dan terus goreng. Goreng sehingga benar-benar garing barulah diangkat (sampai minyak tak berbuih) dan toskan.
4. Boleh masukkan hirsan bawang putih semasa menggoreng jika mahu aroma yang sedap.
Sesikat pisang boleh dapat 2 balang kerepek pisang bersaiz sederhana.
Kredit: Khaula Anis
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…