Categories: Resipi

Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

Peria kaya dengan khasiat, tetapi ramai yang tidak suka kerana rasanya pahit. Selain dijadikan ulam dan masakan berkuah, ia juga boleh diolah menjadi kerepek peria yang garing dan sedap!

Namun, untuk memastikan peria tidak terlalu pahit, ada cara tertentu yang perlu diikuti. Dengan cara ini, kerepek peria akan menjadi garing dan sedap tanpa rasa pahit.

Untuk ibu-ibu yang ingin mencuba membuat peria goreng rangup di rumah, jom ikut resipi dan tips yang dikongsi oleh Nasyitha Aisya di bawah.

Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

CARA BUAT KEREPEK PERIA RANGUP

Bahan-bahan:

  • 500 g peria segar (dihiris nipis)
  • 2-3 sudu besar garam (untuk mengeluarkan getah peria)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)

Rempah kisar:

  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar garam halus
  • 1/2 sachet penyedap rasa
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji kemiri (dipanggang)
  • 1 cm kunyit
  • 2 cm lengkuas
  • 220-250 ml air

Bahan salutan:

  • 1/2 biji telur
  • 150 g tepung beras
  • 75 g tepung ubi kayu
  • 35 g tepung gandum

Cara-cara:

  1. Sediakan semua bahan. Hiriskan peria nipis, kemudian taburkan garam dan uli hingga getahnya hilang. Bilas dengan air sejuk 2-3 kali.
  2. Panaskan air dalam kuali. Setelah mendidih, tutup api. Masukkan hirisan peria yang bersih dan rendam selama 3 minit untuk mengeluarkan garam dan mengurangkan rasa pahit. Bilas dengan air sejuk lagi 2-3 kali supaya warnanya kekal hijau yang cantik. Toskan dan picit supaya airnya keluar. Kini sedia untuk dicelup dalam bahan salutan.
  3. Kacau adunan celup dengan baik. Teksturnya agak tebal, jangan terlalu cair.
  4. Sediakan kuali dan panaskan minyak masak. Goreng kerepek sehingga perang keemasan. Tanda-tanda kerepek sudah masak ialah buih minyak akan hilang. Toskan. Jika ingin mengurangkan minyak, anda boleh masukkan ke dalam oven selepas digoreng.

Kredit: Nasyitha Aisya II

Baca juga: Tips Buat Peria Goreng Crispy Macam Di Kedai Mamak, Rangup & Tak Pahit!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago