Categories: Resipi

Talam Keladi Berlauk Udang Bersama 2 Jenis Sos, Kuih ‘Savoury’ Yang Rasa Istimewa!

Kuih talam keladi berlauk udang ini tergolong dalam kuih talam jenis ‘savoury’ yang sedikit tawar. Justeru, ia amat lazat jika dihidangkan bersama dua jenis sos istimewa yang disediakan dalam resipi ini.

Selain itu, resipi ini menghasilkan jumlah yang cukup banyak, sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil. Resipi asal ini menggunakan loyang bersaiz 10x10x2 inci, menghasilkan sekitar 60 hingga 64 biji dalam acuan lompang kecil.

Jika anda ingin membuat dalam kuantiti yang lebih kecil, separuh daripada resipi ini boleh digunakan bersama loyang 7x7x2 inci, yang menghasilkan sekitar 30 hingga 32 biji acuan lompang kecil.

Nak tahu bagaimana rasanya? Jom ikut resipi yang cukup menarik dari tak lain tak bukan, Cik Puan Noor Ashikin Saerah yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Baca lagi: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

RESIPI KUIH TALAM KELADI BERLAUK UDANG BERSAMA SOS CILI & SOS KICAP TAUCU

Inti/Lauk Udang

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar udang kering, dicincang atau ditumbuk
  • 400 gram (2 cawan) udang, dicincang kasar
  • 2 tangkai cili merah, dihiris
  • ½ cawan daun sup, dihiris (tambahan untuk hiasan)
  • ½ cawan daun bawang, dihiris (tambahan untuk hiasan)
  • ⅔ cawan bawang goreng (dari 10 ulas bawang kecil) + ekstra untuk hiasan

Adunan Tepung

  • 400 gram (2 cawan) keladi, dikupas dan dipotong dadu
  • 1320 ml (5⅓ cawan) santan sederhana pekat
  • 300 gram (2 cawan) tepung beras
  • 60 gram (6 sdb) tepung jagung
  • 60 gram (6 sdb) tepung gandum
  • 2 sudu teh garam

Sos Cili

  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan gula perang
  • Secubit garam
  • Jus dari 1-2 biji limau nipis
  • 1½-2 sudu besar tepung jagung + ½ cawan air (bancuhan)

Sos Kicap Taucu

  • 2 sudu besar taucu
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan gula perang
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung + ¼ cawan air (bancuhan)

Cara Penyediaan:

Inti/Lauk Udang

1. Panaskan sedikit minyak masak, kemudian tumis udang kering dan udang segar hingga udang berubah warna kemerahan. Jika ada air berlebihan, tapis dan buang.

2.Campurkan udang yang telah digoreng bersama cili merah, daun sup, daun bawang, dan bawang goreng. Ketepikan.

Adunan Tepung

1. Kukus atau rebus keladi yang telah dipotong kecil sehingga empuk, kemudian ketepikan.

2. Panaskan santan hingga suam (tidak perlu mendidih).

3. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, dan santan suam. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul telur atau ‘whisk’. Tapis adunan jika terdapat ketulan yang tidak larut.

4. Masukkan keladi yang telah dikukus bersama inti/lauk udang ke dalam adunan tepung. Kacau rata.

5. Sapu sedikit minyak pada acuan lompang, kemudian isikan adunan kuih ke dalam acuan sebanyak 3-4 sudu besar setiap satu.

6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk selama 1½-2 jam sebelum dikeluarkan dari acuan. Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng di atas kuih sebelum disajikan bersama sos.

Penyediaan Sos Cili

1. Kisar cili merah, cili padi, dan air hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula perang, garam, dan jus limau nipis. Masak hingga mendidih dan bau cili hilang.

3. Tambahkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga sos pekat dan mendidih sekali lagi. Tapis sos dan sejukkan.

Penyediaan Sos Kicap Taucu

1. Kisar taucu dengan air hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula perang, kicap masin, dan kicap manis. Masak hingga mendidih.

3. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sos pekat. Tapis sos dan sejukkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Resipi Kuah Kacang Cicah Cucur Udang, Cara Sangat Ringkas & Senang!

Aisha Qistina

Recent Posts

5 Bahan Dapur Hilangkan Kesan Kunyit Pada Jari & Kuali

Masalah jari dan kuku bertukar warna kuning selepas menumbuk sambal, mengupas kunyit hidup, atau memerap…

5 hours ago

Rare, Medium Atau Well Done? Ini Cara Masak Steak Ikut Tahap Doneness Pilihan

Cara masak beef steak yang juicy di tengah atau lebih masak dan garing di bahagian…

8 hours ago

Resipi Mihun Goreng Ikan Bilis Tanpa Guna Sos, Ringkas Begini Pun Dah Menyelerakan!

Kalau suka mihun goreng ikan bilis yang rasanya ringkas dan tak terlalu banyak sos, resipi…

9 hours ago

Tak Perlu Mesin! Aiskrim Coklat Krim Ini Mudah Dibuat, Tekstur Creamy & Cair Dalam Mulut

Aiskrim coklat krim ini sesuai untuk anda yang menggemari pencuci mulut yang manis, lembut dan…

10 hours ago

Jerebu Makin Teruk? Ini 10 Makanan & Minuman Yang Boleh Diamalkan Untuk Bantu Jaga Kesihatan

Kalau anda tertanya-tanya tentang jerebu hari ini, keadaan udara yang kurang baik membuatkan ramai mula…

10 hours ago

Makan Telur Separuh Masak Setiap Pagi, Wanita Ini Kongsi Apa Berlaku Pada Suami Selepas 3 Minggu

Makan telur separuh masak setiap pagi selama tiga minggu menjadi rutin seorang lelaki selepas isterinya,…

10 hours ago