Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Namun, tak ramai yang suka makan peria kerana rasanya yang pahit.
Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing.
Tapi kalau nak pastikan peria tak jadi pahit, ada caranya yang tertentu. Barulah kerepek peria garing elok dan sedap tak pahit.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri peria goreng rangup kat rangup kat rumah, boleh cuba resipi dan tips yang dikongsi oleh Zizah Mizie di bawah.
Resipi Kerepek Peria Garing Rangup
Bahan-bahan:
- Peria
- Tepung bestari pedas
- Tepung beras
- Garam
- Minyak masak
Cara-cara penyediaannya:
1. Belah peria kepada dua bahagian. Buang bijinya.
2. Hiris/sagat nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
3. Kemudian toskan dan basuh beberapa kali.
4. Perahkan peria dan letak dalam mangkuk. Gaulkan dengan tepung bestari dan tepung beras.
5. Peria dah berbedak sempurna.
6. Sedia untuk digoreng dalam minyak panas.
Dah siap goreng! Selamat mencuba.
Kredit: Zizah Mizie