kerabu perut

Bagi penggemar kerabu, kerabu perut campur pucuk paku dan tauge ini pasti akan sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran anda.

Rasa kerabu perut ini sedikit kenyal, masam, pedas dan berperisa. Rasanya juga berlemak disebabkan santan. Bila makan, boleh licin sepingggan dibuatnya! Sedap sangat.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ctie Zubaidah di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge

Bahan-bahan A:

  • Perut (rebus)
  • Pucuk paku  (celur)
  • Tauge (celur)
  • Air limau
  • Bawang besar dihiris

Bahan-bahan B (kisar):

  • 10 biji cili padi
  • 5 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Lengkuas (saya tak letak)
  • Santan
  • Kerisik
  • Belacan
  • Garam
  • Perasa

Cara-cara penyediaannya:

  1. Perut lembu direbus sampai masak dan dipotong kecil. Ketepikan terlebih dahulu.
  2. Bersihkan pucuk paku dan ambil daunnya saja. Rebus air, celur pucuk paku dan taugeh sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan.
  3. Sediakan air limau secukupnya serta bawang besar yang dihiris.
  4. Satukan semua bahan-bahan B pengkisar. Kisar semua bahan.
  5. Dalam mangkuk besar, tuangkan bahan kisar tadi. Masukkan perut lembut, pucuk paku, taugeh, air limau dan bawang besar hiris.
  6.  Gaul rata semuanya.
  7. Siap, sedia untuk dimakan! Selamat mencuba.

Kredit: Ctie Zubaidah

Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN