kerabu ayam goreng

Mari cuba buat resipi Kerabu Ayam Goreng ini. Nampak sedap je tengok kerabu versi ini. Anda yang sedang menjalani diet, boleh simpan resipi kerabu ini. 

Dikenali sebagai Yam Kai Sep di Thailand, hidangan ini sesuai untuk anda yang tidak mahu mengambil nasi. Ia adalah hidangan yang mudah dan ringkas untuk disediakan, lengkap dengan pelbagai jenis sayuran dan bebas dari lemak ayam, hanya menggunakan isi ayam.

Menu diet ini mempunyai kombinasi rasa pedas, masam, dan sedikit manis. Kepekatan rasa pedas hanya datang dari serbuk cili. Anda boleh menyesuaikan tahap kepedasan mengikut selera masing-masing. Terpulang kepada citarasa peribadi. Terdapat banyak lagi pilihan menu diet yang menarik yang boleh dicuba. 

Baca juga: Kerabu Pucuk Labu Resipi Ringkas, Pencinta Kerabu Mesti Nak Cuba Versi Ini

Ayam yang digunakan dalam resepi ini akan digoreng dengan menggunakan tepung Bestari, memberikan tekstur yang rangup. Anda boleh menggunakan tepung Bestari asli atau dengan perisa pedas. Penggunaan perisa pedas amat disyorkan. Nikmatilah hidangan kerabu ini dengan sepenuh hati nanti.

RESIPI KERABU AYAM GORENG (YAM KAI SEP)

‘Buat kerabu ayam goreng atau orang Thai cakap Yam Kai Sep. Meratah-ratah makan tadi. Tak selera makan nasi harap-harap kurus lah lepas ini,’ ujar Rozmaliza. 

kerabu ayam goreng

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam – digoreng bersama tepung 
  • 1 labu bawang merah bombay
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 sdb beras pulut digoreng dan tumbuk
  • 3 sdb jus limau
  • 3 sdb sos ikan
  • 2 sdb gula thai
  • 1 sdb cili flakes

Bahan-bahan sampingan: Dihiris kasar

  • Salad
  • Kubis ungu
  • Lobak merah

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan jus limau, sos ikan, gula thai, cili flakes dan beras pulut yang digoreng. Gaul hingga rata.

2. Masukkan bahan-bahan sampingan dan ayam goreng yang telah dipotong-potong.

3. Gaul lagi hingga rata. Rasakan masam-masam pedas dan sedikit manis.

4. Taburkan daun ketumbar yang dihiris kasar. Siap!

Selamat mencuba kerabu versi ini.

kerabu ayam goreng

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Kerabu Jantung Pisang Dengan Sotong & Pucuk Paku, Terliur Dibuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN