Categories: Resipi

Kepak Ayam Goreng Rangup Tanpa Telur, Sedapnya Lain Dari Yang Lain!

Selain bahagian peha yang digemari ramai, kepak ayam juga mempunyai peminatnya tersendiri. Jika anda salah seorang daripadanya, maka bolehlah belajar cara buat Kepak Ayam Goreng rangup dan sedap.

Tak dinafikan kepak ayam mempunyai lebih banyak kulit dan tulang berbanding daging atau ototnya. Oleh kerana kulitnya yang banyak, maka kalori daripada lemak kepak ayam lebih besar.

Kepak Ayam Goreng biasanya dibuat dengan menggaulnya bersama tepung dan telur supaya lebih enak, tapi bagaimana pula jika seseorang mempunyai alergi dan tak boleh makan hidangan yang ada telur di dalamnya?

Jangan risau kerana kali ini kami akan kongsikan resipi Kepak Ayam Goreng oleh Nana Sabrina Sarsan yang dibuat tanpa menggunakan telur sekalipun. Jom kita cuba!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

RESIPI KEPAK AYAM GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam secukupnya
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit air (air jangan banyak, cukup sekadar tepung itu larut)
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Oregano
  • Blackpepper
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan bawang putih kisar

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaul semua bahan sehingga sebati bersama kepak ayam yang sudah dibasuh dan ditoskan terlebih dahulu.

2. Kemudian, perap kepak ayam selama 30 minit.

3. Akhir sekali, goreng dalam minyak terendam sehingga garing. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Sesetengah orang suka makan Kepak Ayam Goreng dengan meratahnya begitu saja, tapi ada juga yang suka menikmatinya sebagai lauk bersama nasi putih secara panas-panas.

Hasilnya yang begitu rangup dan sedap tak terkata pasti dapat membuat selera sesiapa pun terangkat. Makan sekali pun tak cukup, mesti bertambah-tambah pingan dibuatnya.

Jika lebih suka makan Kepak Ayam Goreng rangup dengan rasa manis, anda boleh salutkannya dengan madu. Setelah makan, pasti tak sempat nak toleh kiri dan kanan punyalah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago