Siapa di sini paling suka makan Kepak Ayam Goreng? Biasanya kita boleh nampak peniaga banyak menjualnya di pasar malam.
Kepak Ayam Goreng ini ada banyak variasinya. Sesetengah orang suka salutkannya dengan madu, tak kurang juga ada yang lebih suka dalam versi pedas.
Resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook cukup menarik kerana ia menggunakan Chinese Style yang pedas dan sedap. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan rempah:
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan rempah dan gaulkan.
2. Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan. Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam, cuka dan 1½ sudu bahan rempah yang dicampurkan. Gaulkan sebati dan perapkan paling kurang 30 minit keatas.
3. Setelah diperap, campurkan tepung jagung, tepung gandum dan telur ke dalam ayam yang telah diperapkan tadi. Gaul rata.
4. Di dalam periuk atau kuali, panaskan minyak, goreng hingga 325F. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam. Goreng kepak ayam selama 10 minit. Angkat dan tapis ayam tersebut. Rehatkan kepak ayam sebentar.
5. Panaskan minyak, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi kedalam minyak yang panas dan gorengkan selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.
6. Akhir sekali, angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan bahan rempah tadi dan gaulkan sebati. Siap!
Kepak Ayam Goreng Pedas ini boleh dijadikan sebagai lauk bersama nasi panas. Ratah begitu saja pun sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam, Guna Bahan Mudah Je
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…