Kentang ikan bilis goreng ini pasti akan membuatkan anda tambah nasi. Bukan sahaja senang, malah juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati di dapur.
Kentang yang digoreng sehingga rangup bersama ikan bilis, kemudian digaul dengan tumisan bawang dan cili, menghasilkan lauk yang cukup menyelerakan. Rasa pedas, masin dan rangup ini memang sesuai dinikmati bersama nasi panas.
Kalau anda sedang mencari lauk ringkas untuk hidangan seisi keluarga, resipi ini memang wajib dicuba. Tak perlu banyak bahan atau masa yang lama, tetapi hasilnya tetap sedap dan membuka selera!
Baca juga: Cara Goreng Ikan Bilis Rangup Walaupun Dibasuh, Rupanya Ini Teknik Yang Betul!
Resipi Kentang Ikan Bilis Goreng
Bahan-bahan:
- Segenggam ikan bilis
- 2 biji kentang ikut saiz yang disukai
- 1 biji bawang holland (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 batang cili padi
- 1 batang cili merah
- ½ limau kasturi
- 1 tsp perasa
- 1 tbsp kicap masin
Cara-cara Penyediaan:
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian, goreng kentang yang telah disalut dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga kekuningan dan masak. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga layu dan naik bau.
- Masukkan perasa seperti garam, serbuk perasa dan kicap mengikut citarasa. Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dan mesra. Setelah siap, angkat dan hidangkan.
Sumber: @sweetblooming_
Baca juga: Resipi Sambal Hijau Petai Ikan Bilis Goreng, Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang Nikmat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

