kentang goreng

Anda yang pernah bercuti ke Indonesia pasti pernah nampak peniaga yang menjual Kentang Goreng Panjang yang sangat rangup.

Cara buat Kentang Goreng Panjang sama saja seperti kentang goreng biasa, tapi apa yang membezakannya cuma bentuk yang lebih panjang.

Takut nak beli di luar sebab ada peniaga yang ambil kesempatan dengan menjualnya pada harga yang mahal, tapi jangan risau kerana anda boleh buat sendiri di rumah.

Melalui video perkongsian di TikTok, fadhmizi85 telah tunjukkan cara buat Kentang Goreng Panjang yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Corndog Dengan Keju Meleleh, Sedap Makan Panas-Panas!

RESIPI KENTANG GORENG PANJANG

kentang goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus kentang sehingga empuk. Apabila sudah masak, lenyekkan kentang sehingga hancur.

2. Selepas itu, masukkan lada hitam, garam dan tepung jagung, kemudian gaul sehingga rata.

3. Masukkan dalam plastik dan ratakan membentuk segi empat, kemudian simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku selama 1 jam.

4. Selepas keluarkan dari peti sejuk, potong plastik dahulu supaya senang potong kentang nanti.

kentang goreng

5. Potong kentang mengikut saiz yang disukai, jangan lupa sapu minyak masak pada pisau supaya tak melekat.

kentang goreng

6. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan, kemudian letak sos cili dan cheese di atasnya. Siap untuk dinikmati!

kentang goreng

Setelah buat Kentang Goreng Panjang ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya yang sangat rangup, bertambah lazat dengan sos cili dan cheese.

Apa yang membuatkan snek ini lebih menarik berbanding snek lain adalah rupanya yang luar biasa dan kerangupan yang tiada tolok bandingnya.

Snek ini sesuai dimakan sewaktu minum petang, tapi nak jadikannya sebagai sarapan pun tiada masalah. Senang cerita, ia boleh dimakan pada bila-bila masa yang disukai.

Selamat mencuba!

Sumber: fadhmizi85

Baca juga: Resepi Cheezy Wedges Yang Sedap, Lebih Jimat Dan Puas Hati Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN