Kelapa gula merah yang dikenali juga sebagai Coconut Bloosom merupakan antara kuih tradisional yang amat popular di Malaysia.
Rasa manis gula merah yang kaya dengan inti kelapa parut segar memang sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut ataupun makanan petang di rumah. Cara penyediaan juga menggunakan pengukus sahaja.
MyResipi akan kongsikan satu resipi kuih kelapa gula merah ini oleh Puan Zaleha Saini. Jom baca!
Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Lain Macam!
KUIH KELAPA GULA MERAH
Bahan-bahan untuk adunan kuih:
- 3 biji telur (sejuk)
- 250gm gula hangus (saya guna 200gm)
- 280g tepung kek
- 2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar ovalette
- 140g krim santan
- Jus pandan 30g (kisar kira-kira 6 daun pandan)
- 1 sudu teh pewarna hijau (saya menggunakan pes pandan)
Untuk inti:
- 1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula melaka
- 2 sudu besar gula putih (boleh lebih kalau nak manis)
- Sedikit garam
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- Sedikit air untuk melarutkan gula
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan inti dalam kuali kecuali tepung jagung dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga merengas dan separa kering dan taburkan tepung jagung. Kacau dan angkat dan ketepikan.
3. Pukul semua bahan hingga pekat dan gebu.
4. Isi 1/3 acuan (dilapisi dengan cawan kertas) dengan adunan.
5. Kemudian isi dengan 1 sudu besar inti kelapa & kemudian diisi dengan lebih banyak adunan sehingga acuan hampir penuh.
6. Kukus dengan api yang tinggi selama 15 minit.
Selamat menikmati bersama keluarga dan orang tersayang!
Sumber: Zaleha Saini
Baca juga: Resipi Dadih Susu Asli Perlis/Kedah, Lembut Bergedik & Cair Di Mulut!