PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-19 07:08:16
Bagi ibu-ibu yang bekerja, pengurusan masa sangatlah penting. Ini kerana mereka perlu memikirkan persiapan makan di rumah, dan pada waktu yang sama perlu mengekalkan prestasi pekerjaan di pejabat. Ada masanya di mana ibu-ibu tidak sempat untuk masuk dapur, menyebabkan mereka sering berhadapan dengan dilema sama ada untuk meneruskan karier ataupun berhenti demi menjaga kebajikan keluarga.
Ada sesetengah ibu bekerjaya memilih untuk membuat bekalan bahan masak seawal mungkin supaya nanti para ibu tidak perlu lagi mengambil masa untuk memasak. Sebagai contoh ialah bawang putih. Namun seperti yang kita sedia maklum, bawang akan cepat rosak jika tidak diguna. Jika disimpan dalam peti sejuk, bawang juga akan cepat busuk. Oleh itu, cara yang paling berkesan adalah dengan membuat pes bawang putih. Pes bawang putih dapat kekal segar lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ikuti perkongsian daripada Khabib Jamalludin menerusi laman Facebook.
Cara-cara:
Siap! Gunakan sudu untuk mencedok pes bila-bila memasak. Mudah, kan? Selepas ini, ibu-ibu tidak perlu risau lagi untuk menyiapkan makanan untuk keluarga sebelum ke tempat kerja. Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…