kek tembikai

Kalau anda dah bosan dengan kek yang biasa, apa kata cuba buat kek tembikai? Lain dari lain! Bahan buatnya juga mudah dicari dan cara buatnya juga sangat senang.

Kek ini sesuai dijamukan ketika makan petang atau malam.

Jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Lisa Aisha ini melalui laman sesawang Facebook.

Baca juga: Kek Pisang Dua Benua, Dapat 2 Perisa Dalam Satu Loyang!

RESIPI KEK TEMBIKAI

Bahan-Bahan:

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan jika tidak suka manis)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum atau tepung kek*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 cawan nestum (dikisar, boleh juga guna Horlicks)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 100ml minyak masak atau butter yang dicairkan
  • 150ml susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil pewarna merah atau esen strawberi
  • 1 sudu kecil pewarna hijau atau esen pandan
  • Coklat cip secukupnya untuk hiasan sebagai biji tembikai

Nota:

  • Bahan yang bertanda (*) perlu diayak dan diketepikan dahulu.

Cara Penyediaan:

1. Panaskan pengukus terlebih dahulu.

2. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan bahan yang telah diayak secara berperingkat bersama susu cair dan minyak masak. Pukul hingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian:

  • Satu bahagian dicampurkan dengan pewarna hijau.
  • Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal.
  • Satu bahagian dicampurkan dengan pewarna merah.

6. Sapu loyang dengan sedikit minyak untuk mengelakkan kek melekat.

7. Tuang adunan berwarna hijau ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.

8. Kemudian, tuang adunan berwarna asal dan kukus lagi selama 5 minit.

9. Akhir sekali, tuang adunan berwarna merah dan taburkan coklat cip di atasnya. Kukus selama 20 minit.

10. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain bersih supaya air kukusan tidak menitis ke atas kek.

11. Biarkan kek sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Lisa Aisha

Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN