Categories: Resipi

Kek Teh Macam di Cameron Highlands, Memang Sedap Dan Wangi!

 

Jom buat Kek Teh macam di Cameron Highland. Memang sedap, wangi dan ada rasanya yang tersendiri kek yang berasal dari England ini.

Di tempat-tempat sejuk macam Cameron Highland dan Fraser Hill memang terkenal dengan kek teh ni. Boleh dikatakan menu wajib untuk hi-tea di sana.

Antara dessert yang sedap dinikmati sebab aromanya. Selalunya kalau makan kek simple yang ada aroma wangi ni ialah kek butter je.

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!

Teh ni ada macam-macam jenis dan perasa. Kalau nak buat kek teh, macam-macam pilihan boleh dibuat.

Kalau dah cuba perisa pertama tak kena dengan tekak, boleh try perisa kedua. Tak rugi sebenarnya buat kek ni. Dapat merasa pelbagai jenis kek teh.

Macam nak buat kek yang lain, bahan nak buat kek teh yang dikongsikan oleh Puteri A Aziz ni juga mudah dan ringkas je. Hasilnya juga sama iaitu kek yang lembut dan gebu.


RESIPI KEK TEH

Kalau di Cameron dan Fraser Hill tu, memang ada bermacam-macam jenis teh yang ada.

Kadang-kadang kat kawasan kita ni tak senang nak dapatkan stoknya. Tapi kalau anda pergi ke pasaraya Cold Storage, Jaya Grozer dan Village Grozer, banyak jenis teh yang dijual di sana.


Bahan A:

  • 4 uncang teh Earl Grey (atau The Tarik, Green Tea dan sebagainya)
  • 120 ml (1/2 cawan air panas)
  • 80 ml (1/3 cawan) susu penuh krim

Bahan B:

  • 4 biji telus gred A

Bahan C:

  • 200g mentega dicairkan dan sejukkan

Bahan D:

  • 320 gram (1 1/3 cawan) gula caster
  • 380 gram (2 1/2 cawan) tepung naik sendiri

Bahan E:

  • 50g creme fraiche (tak letak pun tak apa, nak bagi lagi moist)
  • Parutan kulit oren – sebiji oren (kalau suka lemon, grapefruit pun boleh)
  • 1 uncang teh Earl Grey ditumbuk halus

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 180’c.

2. Sediakan loyang 8×8 atau 9×9 dan kemudian griskan loyang dengan mentega yang dicairkan.

3. Keluarkan 4 uncang teh dan tumbukkan menggunakan batu lesung supaya teh jadi agak halus.

4. Masukkan teh ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih.

5. Biarkan seketika dalam 5 minit.

6. Lepas tu masukkan susu segar dan kacau. Dah siap sebatikan bahan A. Ketepikan.

7. Kemudian ayakkan bahan D.

8. Satukan bahan D ni bersama bahan A dan bahan B dalam mangkuk mixer.

9. Gunakan hand mixer pun boleh.

10. Putarkan dengan kelajuan yang rendah sampai sebati.

11. Seterusnya, masukkan bahan C.

12. Pukul dengan kelajuan sederhana sampai sebati.

13. Masukkan bahan E iaitu crème fraiche, parutan oren dan serbuk teh yang ditumbuk halus.

14. Creme fraiche ni untuk moistkan kek.

15. Pukul pada kelajuan sederhana hingga kelajuan tinggi. Hentikan bila adunan dah kembang dan sebati.

16. Masukkan adunan dalam loyang yang digris dengan mentega cair nipis je.

17. Ratakan permukaannya. Kemudian bakar kira-kira 30-35 minit.

18. Dah bakar, keluarkan dari oven dan sapukan mentega atas permukaan kek sementara kek masih panas.

19. Biarkan sejuk selama 2-3 minit atas redai, lepas tu baru boleh dipotong.


Jangan tak tahu, kek ni pun boleh di’upgrade’ dengan tambahkan butter cream atau cream cheese frosting kalau nak buat kek yang lebih istimewa.

Kemudian letakkan caramel atau butterscotch di permukaannya sebagai hiasan menjadi kek hari jadi atau kek hadiah.

Dah lah baunya semerbak. Rasa pula lembut, gebu dan terlajak sedap. Kek teh ni memang wajib anda cuba! Semoga bermanfaat.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Bihun Goreng Cili Kering Tanpa Sos, Warna Tetap Cantik & Rasa Menyelerakan!

Kalau suka bihun goreng yang pedas dan cukup rasa, boleh cuba bihun goreng cili kering…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kunafa, Setiap Gigitan Ada Tekstur Lembut, Rangup & Topping ‘Leleh’

Ramai yang mungkin dah biasa buat kek coklat moist di rumah. Kali ini, apa kata…

2 days ago

Resipi Sambal Kentang Rangup, Goreng Ubi Guna Cara INI Baru Tak Melekat & Lembik!

Kalau suka lauk kering yang pedas dan ada rasa manis-manis, sambal kentang rangup ini memang…

2 days ago

Resipi Pak Choy Siram Sos Tiram, Ini Petua Supaya Kekal Rangup, Hijau Cantik & Tak Pahit

Kalau mencari resepi pak choy sos tiram yang mudah, cepat dan sedap, boleh cuba cara…

2 days ago

Resipi Bingka Pandan Bijan Guna Formula ‘1232’, Petua Mudah Nak Ingat Sukatan!

Cara buat bingka pandan bijan ini cukup mudah kerana hanya perlu ingat satu formula iaitu…

2 days ago

Rahsia Kuali & Periuk ‘Cast Iron’ Tahan Puluhan Tahun: Panduan Penjagaan Lengkap

Memiliki alatan masakan daripada cast iron (besi tuang) merupakan salah satu pelaburan terbaik di dapur.…

3 days ago