
Dalam banyak-banyak kek klasik yang ada, resipi Kek Sarang Semut sedap tetap jadi pilihan di hati. Nak buat kek yang hasilnya menjadi, tak susah sangat jika ikut langkah yang betul.
Nak dapatkan hasil lembut bersarang cantik, kenalah ikut langkah demi langkah dalam resipi Kek Sarang Semut sedap yang dikongsikan oleh Fikri Hisham di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Apam Bakar Simple 3 Bahan, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!
RESIPI KEK SARANG SEMUT SEDAP

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 3 sudu besar mentega (dicairkan)
- 1 cawan air panas
- 4 biji telur ayam (saiz B)
- ¾ cawan susu pekat manis
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 penutup esen vanilla
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, cairkan gula menggunakan api sederhana. Jangan biar hangus, nanti pahit.
2. Apabila sudah cair keperangan, tambah air panas sedikit demi sedikit dan kacau sampai larut, kemudian sejukkan.
3. Dalam mangkuk besar, pukul telur sampai kembang. Masukkan susu pekat manis, diikuti mentega cair (pastikan sudah sejuk supaya tak jadi seperti telur dadar).
4. Selepas itu, tambah esen vanilla dan terus pukul sampai sebati.
5. Ayak tepung dan soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalam adunan. Kacau sampai licin.
6. Kemudian, tuang larutan karamel gula perang tadi dan kacau rata.

7. Seterusnya, perap adunan sekurang-kurangnya 1 jam (ini rahsia penting untuk dapatkan sarang cantik).
8. Setelah itu, sapu mentega pada loyang dan tapis adunan sebelum tuang supaya halus.
9. Kemudian, kukus selama 45 hingga 50 minit atau sampai masak (cucuk garfu, jika tak melekat, maknanya kek sudah masak).
10. Akhir sekali, sejukkan dulu sebelum terbalikkan dan potong. Siap untuk dinikmati!

Rahsia untuk buat Kek Sarang Semut sedap terletak pada cara cairkan gula dan waktu perapan adunan. Oleh itu, kena sabar sedikit untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
Selamat mencuba!
Sumber: Fikri Hisham
Baca juga: Suka Buat Kek Sarang Semut Tapi Selalu Tak Jadi? Cuba Tips Ini, Confirm Berongga Cantik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














