Categories: Resipi

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara kek yang jarang dibuat. Namun, kelazatannya tak disangkal lagi.

Kek Pisang Karamel atau disebut juga sebagai kek pisang gula hangus merupakan gabung kek pisang bersama puding karamel yang cukup menyelerakan.

Jika teringin merasainya, boleh ikut resipi Kek Pisang Karamel yang dikongsikan oleh Fauziah Yahya di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?

RESIPI KEK PISANG KARAMEL

Bahan-bahan karamel:

  • 7 sudu besar gula
  • 7 sudu besar air

Bahan-bahan puding:

Bahan-bahan kek pisang:

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula perang atau gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung atau minyak masak
  • 1 cawan pisang berangan (dilecek)
  • 3 sudu besar susu pekat atau susu tepung

Cara-cara menyediakan karamel:

1. Cairkan gula dalam periuk atas api kecil sehingga menjadi karamel dan kacau, kemudian masukkan air.

2. Masukkan karamel ke dalam loyang 10×10 dan ratakan karamel, kemudian ketepikan dan sejukkan.

Cara-cara menyediakan puding:

1. Satukan semua bahan puding dan kisar.

2. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.

3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 30 minit.

Cara-cara membuat kek:

1. Satukan telur, gula dan esen vanilla mixer hingga sebati.

2. Masukkan susu, minyak jagung dan pisang, kemudian kisar lagi.

3. Selepas itu, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.

4. Tuang adunan ke atas karamel dan kukus selama 45 minit.

5. Apabila sudah masak, biar kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek lekang atau renggang dari loyang.

6. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas bekas. Setelah itu, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: Fauziah Yahya

Baca juga: Resepi Kek Karamel Pelangi Sukatan Cawan, Hasil Cantik Bila Dipotong!

Aimi

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

14 hours ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

16 hours ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

17 hours ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

17 hours ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

17 hours ago

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

2 days ago