Peminat kek pasti pernah lihat ramai peniaga yang menjual Kek Pandan Gula Melaka secara dalam talian. Apa kata, jika hari ini anda cuba buat dengan air tangan sendiri pula?
Kek ini sama saja seperti kek pandan biasa, cuma ia ditambah dengan gula melaka yang membuatkannya terasa lebih asli.
Yati Yati telah kongsikan resipi Kek Pandan Gula Melaka di Facebook dengan hasil yang cukup mengagumkan. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!
RESIPI KEK PANDAN GULA MELAKA
Bahan A (untuk kek):
- 100 gram tepung gandum
- 20 gram tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan B (untuk kek):
- 100 gram gula halus
- 4 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 50ml air dr peti ais
- 1 sudu besar ovalette
- Esen pandan
- Pewarna hijau
- 1 sudu besar serbuk santan
Bahan C (untuk kek):
- 75gram butter (dicairkan)
Bahan D (untuk krim):
- 4 biji putih telur
- ¾ cawan gula kasar
- 1 penutup esen pandan
- ¼ cawan serbuk santan
- 300gram butter
Bahan E (untuk gula melaka)
- 50 gram gula melaka
- 1 sudu serbuk gula merah
- 1 sudu gula kastor
- 2 helai daun pandan
- ½ cawan air
Cara-cara membuat kek:
1. Mula-mula, ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder terlebih dahulu.
2. Campurkan Bahan A dan Bahan B, kemudian mix sampai putih pucat. Adunan akan jadi 2 kali ganda.
3. Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau guna senduk sehingga rata.
4. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 160ºC selama 50 minit sehingga sejam mengikut oven masing-masing.
Cara-cara membuat krim:
1. Mula-mula, campurkan telur dan gula.
2. Masak guna kaedah double boil sehingga gula hancur.
3. Apabila gula sudah hancur, terus masukkan dalam mixer dan mix sampai adunan bertanduk.
4. Masukkan butter, esen pandan dan serbuk santan, kemudian mix sampai sebati dan licin.
5. Selepas itu, bolehlah digunakan untuk deko atas kek yang telah siap tadi.
Cara-cara membuat gula melaka:
1. Mula-mula, campur semua bahan E.
2. Masak bagi sederhana pekat saja, jangan pekat sangat pula.
3. Selepas itu, bolehlah digunakan untuk tabur atas kek selepas deco. Siap untuk dinikmati!
Sesiapa yang terasa nak mula berniaga, bolehlah cuba Kek Pandan Gula Melaka yang sentiasa menjadi permintaan ramai setiap kali ingin mengadakan sesuatu jamuan istimewa.
Selamat mencuba!
Sumber: Yati Yati
Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh