Categories: Resipi

Cara Buat Kek Mata Lembu, Pencuci Mulut Lain Dari Yang Lain!

Sebenarnya pencuci mulut ini digelar begitu kerana mempunyai puding berwarna kuning di tengah-tengah kek itu yang seakan-akan mata lembu. Rasanya lembut dan gebu serta tahap kemanisan juga seimbang.

Jom kita lihat resipi dari Cik Puan Dyzah Sulaiman ini.

Baca lagi: Cara Buat Puding Coklat Cream-O Yang Cantik Menawan, Serius Menjadi!

RESIPI KEK MATA LEMBU

Resipi puding kuning:

  • 1 peket agar-agar serbuk clear
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3/4 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
  • 2 sudu makan jus oren Sunquick atau mangga
  • 2 sudu teh pewarna kuning telur
  • 1 sudu makan tepung kastad yang dicairkan dengan sedikit air (kira-kira 3 sudu makan)

Cara membuat puding:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau sehingga sebati tanpa gumpalan.

2. Masak atas api sambil kacau hingga mendidih.

3. Setelah itu, sejukkan seketika sebelum menuang ke dalam acuan telur.

4. Biarkan sejuk di bawah kipas dan kemudian simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Resipi Kek Cheese Salji:

  • 6 biji telur gred B
  • 100g tepung naik sendiri
  • 60g tepung jagung
  • 100g gula kastor
  • 50ml air suam
  • 1/2 sudu makan ovalet
  • 1 sudu teh vanila
  • 75g butter yang dicairkan

Cara membuat kek:

1. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10 minit. Cairkan butter dalam oven.

2. Campurkan semua bahan kecuali butter cair, putar hingga putih dan gebu. Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata.

3. Sediakan acuan bulat, sapu sedikit butter, dan tuang adunan sehingga 3/4 penuh. Bakar selama 35 minit pada suhu 160°C.

4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate; jika tidak melekat, kek sudah masak.

Resipi toping kek:

  • 250g cheese Tatura
  • 500g fresh cream
  • 125g gula ising (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
  • 2 sudu makan perasa oren Sunquick atau mangga
  • 3 sudu makan susu segar (pilihan)

Cara membuat toping:

1. Campurkan semua bahan, putar hingga berkrim dan halus.

2. Sapukan toping pada kek dan letakkan puding telur di atasnya.

3. Kek boleh disimpan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.

Sumber: Dyzah Sulaiman

Baca lagi: Jom Masak Paprik Udang Berkuah Banjir, Sebiji Macam Dekat Kedai Thai!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago