
Jika anda peminat kek yang gebu tapi lembut dimakan, memang wajib cuba resipi Kek Lumut Cheese Kukus ini. Bukan saja cantik, malah setiap lapisannya penuh dengan rasa.
Kek Lumut Cheese merupakan salah satu jenis kek lapis popular di Sarawak dengan lapisan berwarna hijau segar bersama rasa cheese berkrim yang sungguh lazat.
Aisyah Humaira Ling telah kongsikan cara buat Kek Lumut Cheese Kukus dengan langkah demi langkah melalui video di Facebook dan hasilnya sangat cantik. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Sarawak Ini Kongsi Resepi Kek Lumut Kukus, Hasil Gebu Elok!
RESIPI KEK LUMUT CHEESE KUKUS

Bahan-bahan lapisan lumut:
- 6 biji telur
- ⅛ atau 1 cawan gula halus (ikut citarasa)
- 1 cawan horlicks
- 1 cawan tepung nespray
- ¼ susu pekat
- 1 cawan tepung gandum
- 250gm mentega
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 botol kecil pandan paste
- Pewarna dark green
Cara-cara membuat lapisan lumut:
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu sambil digaul rata.
3. Masukkan horlicks, susu pekat, susu tepung nespray, tepung gandum, pandan paste, esen vanilla dan pewarna hijau.
4. Gaul sampai rata dan bahagikan kepada dua adunan.
5. Letak kertas minyak dalam loyang saiz 8×8.

Bahan-bahan lapisan cheese:
- 400g cream cheese
- ½ cawan gula halus
- 1 sudu kecil vanilla
- 2 biji telur
- 1 sudu besar tepung
Cara-cara membuat lapisan cheese:
1. Pukul cheese dengan gula.
2. Masukkan telur dan tepung.
Cara-cara membuat kek lumut cheese:
1. Mula-mula, masukkan adunan lapisan lumut pertama ke dalam loyang sebagai bahagian bawah dan kukus selama 30 minit.
2. Selepas itu, masukkan adunan lapisan cheese pula sebagai bahagian tengah dan kukus selama 20 minit.
3. Akhir sekali, masukkan adunan lapisan lumut kedua dan kukus selama 30 minit atau sampai masak serta tak melekat pada lidi. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Aisyah Humaira Ling
Baca juga: Kek Lumut Kukus Gebu, Pakai Resipi Ini ‘Confirm’ Lembap Elok Kejadiannya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













