Categories: Resipi

Kek Lapis Asam Manis, Lembutnya Lebih Sempurna Dengan Cara Kukus

Sesiapa pun takkan menolak pencuci mulut yang ditawarkan di depan mata. Paling seronok, jika dapat makan Kek Lapis Asam Manis yang lembut secukup rasa.

Kek ini dipanggil Kek Lapis Asam Manis kerana adanya manisan hawflakes yang terdapat di dalamnya dan kombinasi rasa masam serta manis telah membuatkan ia disukai ramai.

Jika anda ingin tahu betapa sedapnya kek ini, boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Cik Za di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya

RESIPI KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan biskut marrie kisar (dikisar halus)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan planta (saya guna marjerin pelangi)
  • 5 biji telur (saya guna gred C)
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Asam manis Haw flakes (saya guna yang besar-besar seperti duit 50 sen)
  • 2 pewarna (saya guna hijau dan kuning)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar marjerin dengan gula sehingga sebati dan putih.

2. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanilla. Gaul guna senduk kayu atau spatula.

4. Setelah sebati, bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Gaul sehingga sebati.

5. Seterusnya, panaskan kukusan dengan menggunakan air yang banyak.

6. Sementara itu, boleh guna bekas plastik tahan panas 6×6 dan sudukan setiap lapisan 5 sudu. Letak warna hijau dulu, ratakan dan susun asam manis.

7. Selanjutnya, kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis sehingga adunan habis.

8. Akhir sekali, kukus lebih kurang 25 hingga 30 minit. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Setelah mengikut resipi Kek Lapis Asam Manis ini, anda akan terkejut dengan hasilnya yang sangat cantik, lembap dan mempunyai rasa lemak-lemak manis apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Za

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago