kek karamel pelangi

Setiap kali ada mood datang untuk buat kek, automatik skrol media sosial untuk lihat resipi kek yang menarik dan salah satu yang kami jumpa ialah resipi Kek Karamel Pelangi.

Kek Karamel Pelangi ini sangat luar biasa berbanding kek yang lain kerana kombinasi puding karamel dan kek pelangi yang cukup padu dan menarik untuk dinikmati.

Resipi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di Facebook ini nampak sangat cantik hasilnya dan anda wajib mencubanya di rumah.

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Cantik Tanpa Gagal, Manis Pun Cukup Rasa!

RESIPI KEK KARAMEL PELANGI

kek karamel pelangi

Bahan karamel:

  • 8 sudu makan gula (goreng dalam loyang dan ketepikan)

Bahan-bahan puding:

  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 2 keping roti (dibuang bahagian tepi)
  • Esen vanilla
  • 5 sudu makan gula

Bahan-bahan kek:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 5 sudu makan susu cair
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Esen vanilla
  • Pewarna pilihan
  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu makan ovalette

Cara penyediaan puding:

1. Satukan bahan-bahan puding dan kisar sehingga sebati.

2. Tuang adunan ke dalam loyang berisi gula karamel tadi.

3. Kukus selama 20 minit.

Cara penyediaan kek:

1. Satukan telur, gula dan ovalette, kemudian pukul sehingga kembang.

2. Masukkan susu cair, minyak masak dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga sekata.

3. Tambahkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder, kemudian sebatikan.

4. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut cita rasa masing-masing.

5. Tuang adunan kek ke atas puding karamel tadi dan corakkan ikut kreativiti, kemudian kukus lagi selama 45 minit.

6. Setelah kek masak, sejukkan terlebih dahulu. Siap untuk dinikmati!

kek karamel pelangi

Hanya dengan cara kukusan yang mudah, anda berjaya hasilkan kek lembut dan gebu yang pastinya cair di mulut!

Buat peminat kek, jangan lupa untuk cuba Kek Karamel Pelangi yang lazat dan semestinya akan jadi pencuci mulut kegemaran anda selepas ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Noriza Awang Hamat

Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN