Sedapnya petang-petang ini kalau dapat menikmati sepotong Kek Gulung Batik Nutella ini. Sambil-sambil itu, dapat hirup secawan teh. Nikmat sangat!
Memang ramai penggemar kek gulung ini kerana keunikkannya yang bercorak batik dan boleh letak inti kesukaaan mengikut citarasa masing-masing. Tapi untuk resipi ini, ia menggunakan inti nutella.
Baca juga: Kek Durian Crepe, Sedap Lemak Berkrim Guna RESIPI Ini
Cara penyediaan kek ni juga sangatlah mudah. Dan tak memerlukan bahan memasak yang banyak. Semua bahan kecuali jem dan hiasan perlu di satukan dan dipukul hingga kembang untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada kek. Bila dah kembang adunan, barulah masukkan dalam acuan.
Ikuti resipi kek dari perkongsian Cik Puan Iedaa Jahaya ini.
RESIPI KEK GULUNG BATIK NUTELLA
Bahan untuk mixer:
- 3 biji telur A
- 2 biji kuning telur
- 1 sdt ovelet
- 1 sdk tepung jagung (ayak)
- 1 cawan tepung gandum (ayak)
- 90g gula castor
Bahan untuk cairkan:
- 90g butter (cairkan)
- 1 sdb serbuk koko
- 1/2sdk coklet emulco
Cara-cara penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk besar, mix semua bahan mixer sehingga gebu dan bertanduk. Ambil 1 senduk adunan msuk ke dalam piping beg. Ketepikan dulu.
2. Kemudian cairkn 90g butter dlm microvawe. Boleh guna butter yang halus. butter anchor atau mana pun.
3. Kacaukan ia kemudian masuk 1 sdb serbuk koko, dan 1/2sdk coklet emulco. Kacau semua dalam butter cair.
4. Selepas itu, boleh buat corak batik mengikut citarasa masing-masing.
5. Panaskn oven 170C dan bakar kira-kira 15 minit atausehingga masak.
6. Bila dah siap sejukkan dulu sebelum nak sapu inti nutella. Dah siap sapu boleh terus gulong dan biarkn sekejap.
7. Buka perlahan-lahan supaya corak batik tidak melekat pada paper.
8. Potong lawa-lawa dan siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba resipi Kek Gulung Batik Nutella ini.
Baca juga: Kek Yogurt SIMPLE Guna Airfryer, Memang Gebu Dan Cair Di Mulut