Categories: Resipi

Kek Coklat Moist Mini Guna Acuan Lompang, Hasil Comel Lote Dengan Coklat Leleh!

Jika anda sedang mencari resipi kek yang ringkas tapi sedap, wajib cuba buat Kek Coklat Moist Mini yang sangat comel dengan menggunakan acuan lompang ini di rumah.

Kek Coklat Moist Mini ialah kek coklat bersaiz kecil yang mempunyai tekstur lembap (moist) dan kaya dengan rasa coklat. Biasanya, ia dibuat dalam saiz mini seperti dalam acuan lompang, muffin atau cupcake dan bekas kecil.

Walaupun hanya menggunakan acuan lompang, hasil Kek Coklat Moist Mini yang dibuat oleh Nurul Athira di Facebook ini nampak sangat comel, kemas dan seakan-akan kek eksklusif.

Baca juga: Kek Coklat Mini Yang Gebu, Letak Biskut Teddy Bear Nampak Lagi Comel!

RESIPI KEK COKLAT MOIST MINI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu cair atau susu full cream
  • 1 cawan gula pasir
  • 1¼ cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 1 cawan butter cair (boleh juga guna minyak masak jika nak lebih jimat)

Cara-cara buat kek:

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur, gula, susu pekat, susu cair, butter cair dan serbuk koko guna mixer sampai adunan gebu dan sebati.

2. Masukkan tepung naik sendiri ke dalam adunan dan gaul rata. Tak perlu pukul lama-lama, cukup sekadar semua bahan bercampur sebati.

3. Sediakan acuan lompang, sapu sedikit minyak supaya kek tak melekat nanti.

4. Tuang adunan dalam acuan sampai ¾ penuh.

5. Kukus selama 20 minit atau sehingga kek masak (boleh cucuk dengan lidi, jika keluar bersih, maksudnya kek sudah masak).

6. Apabila sudah siap, susun kek dalam bekas atau kotak supaya nampak kemas dan comel.

Bahan-bahan topping coklat cair:

  • 250g coklat masakan (compound chocolate)
  • 50ml minyak masak
  • 20g susu pekat manis

Cara-cara membuat topping coklat cair:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas.

2. Cairkan menggunakan kaedah double boiler sampai licin dan berkilat.

3. Ambil sudu kecil dan curahkan topping di atas setiap kek. Jika nak lebih menarik, boleh paipkan hiasan guna chocolate spread (yang biasa digunakan dalam bomboloni).

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Athira

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Bentuk Mini, Sedar-Sedar Dah Masuk Mulut!

Aimi

Recent Posts

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

25 mins ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 hour ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

4 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

4 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

1 day ago