Pantang nampak ada resepi Kek Coklat Moist Leleh yang sedap, mesti teringin nak cuba buat sendiri. Lebih-lebih lagi, ia boleh dibuat dalam bentuk mini tau.
Kek Coklat Moist Leleh adalah antara kek yang laku keras dan disukai ramai. Oleh kerana kek ini sering dapat permintaan tinggi dan cara hasilkannya cukup mudah, jadi ramai yang buat untuk berniaga.
Biasanya kek ini dibuat secara sebiji bersaiz besar, tapi lebih mudah makan jika anda buat dalam bentuk mini seperti yang dikongsikan oleh Yong Anisah Yaacob di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Coklat Cheese, Kaya Dengan Rasa Coklat Yang Cukup Sempurna!
Bahan-bahan:
Bahan adunan tepung:
Bahan topping leleh:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, blend telur, esen vanilla, susu cair, gula, susu pekat, serbuk koko dan minyak masak sehingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang telah diblender tadi dan gaul-gaul rata.
3. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 50 minit hingga 1 jam.
4. Sementara itu, boleh buat topping leleh dengan campurkan susu cair, dark coklat dan marjerin mengikut kepekatan yang dimahukan. Kena simpan dalam peti ais sekejap sebelum tuang atas kek.
5. Setelah kek masak, boleh tuangkan topping leleh di atasnya mengikut citarasa anda. Siap untuk dinikmati!
Walaupun tanpa yis, namun hasil Kek Coklat Moist Leleh ini tetap lembap dan gebu. Tambahan pula, topping yang meleleh bakal memberikan rasa nikmat tak terhingga apabila dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Yong Anisah Yaacob
Baca juga: Resepi Kek Coklat Moist, Guna Air Fryer Pun Tetap Gebu Meleleh
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…