Jika anda mempunyai banyak lebihan kurma sepanjang bulan puasa yang lepas, anda boleh gunakannya untuk membuat Kek Coklat Kurma yang sedap!
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.
Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk makan kurma di bulan Ramadan.
Kurma menyediakan tubuh dengan gula, membantu mengembalikan gula dalam darah yang rendah selepas berpuasa sepanjang hari.
Masih ada lebihan kurma di rumah? Pasti anda pening memikirkan bagaimana untuk menghabiskannya. Anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Permata Pink di Facebook.
Baca juga: Kek Coklat Cheese Kukus, Saiznya Yang Kecil Comel Senang Nak Makan!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Bancuh kurma, susu dan air panas. Masukkan dalam mixing bowl.
2. Bancuh telur, minyak masak, gula kastor, esen vanilla, dark choc emulco (tambahan) dalam 3 minit dan masukkan dalam mixing bowl yang sama.
3. Ayak tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mixing bowl tadi. Mix sampai sebati.
4. Masukkan dalam loyang (sesuai loyang 8″ kebawah utk 1 adunan).
5. Hiaskan dengan potongan buah kurma , almond nibs, choc chip dan apa-apa saja yang anda suka.
6. Bakar suhu oven 120-150ºC dalam masa 1 jam. Cucuk guna lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. Siap!
Apabila makan, anda akan rasai betapa nikmatnya kek yang padat dengan coklat dan rasa manis masam dari buah kurma. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan untuk tetamu.
Orang kata tak elok membazir, jadi lebih baik kita gunakan lebihan kurma yang ada untuk buat Kek Coklat Kurma ini. Selamat mencuba!
Sumber: Permata Pink
Baca juga: Tip Kek Coklat Moist Kukus Cantik Berderai, Tambahkan 1 Bahan Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…