kek coklat kukus

Ramai yang sukakan Kek Coklat Kukus Moist yang bukan setakat lembut dan gebu, malah manisnya kena dengan citarasa.

Disebabkan cara buat Kek Coklat Kukus Moist ini cukup mudah tanpa jalan kerja yang banyak, ia menjadi pilihan ramai untuk berniaga.

Anda boleh saja pilih untuk menggunakan cara kukus atau bakar semasa membuat kek ini mengikut keselesaan peralatan yang ada di rumah.

Walaupun mudah, ramai masih gagal membuatnya sampaikan kek melekat pada loyang. Jika tak nak ia berlaku, anda boleh ikut resipi daripada Azira Azua di Facebook ini.

Baca juga: Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah

RESIPI KEK COKLAT KUKUS MOIST

kek coklat kukus

Bahan A:

Bahan B:

Bahan-bahan topping:

Cara-cara penyediaan kek:

1. Bancuh semua Bahan A dalam 3 minit dan pastikan semua sebati.

2. Gaul Bahan A dan Bahan B sehingga sebati.

3. Tapis dan masukkan dalam loyang (boleh letak marjerin atau planta keliling loyang supaya tak melekat).

4. Kukus selama 45 Minit dengan menggunakan api sederhana. Siap untuk dinikmati!

Cara-cara penyediaan topping:

1. Masukkan semua bahan topping dalam periuk.

2. Masakkan atas api dapur yang kecil sehingga berkilat dan pekat. Siap untuk digunakan!

kek coklat kukus

Anda juga boleh tapiskan topping ini jika nak hasil kek yang lebih cantik. Walaupun tanpa topping, Kek Coklat Kukus Moist ini sangat enak dan tak muak langsung apabila dimakan.

Bukan saja keluarga anda di rumah menyukainya, malah Kek Coklat Kukus Moist ini sesuai dijadikan sebagai idea pencuci mulut untuk sebarang jamuan.

Selamat mencuba!

Sumber: Azira Azua

Baca juga: Resepi Kek Coklat Moist, Guna Air Fryer Pun Tetap Gebu Meleleh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN