Penggemar kek coklat wajib cuba resepi kek coklat cheese kukus versi mini ini.
Untuk menghasilkan saiznya yang kecil comel, anda boleh menggunakan acuan kuih lompang.
Kek yang bersaiz kecil ini juga senang dimasak dan tidak mengambil masa yang lama untuk dikukus. Gas pun jimat!
Kalau ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nuralia Idayu di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!
RESEPI KEK COKLAT CHEESE KUKUS
Bahan-bahan untuk kek:
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan fresh milk/susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
- 250gram cheese (sy guna brand Tatura)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3-4 sudu besar gula
Langkah membuat lapisan cheese:
1. Putarkan cheese sampai lembut. Masukkan telur, tepung gandum dan gula. Pukul sehingga sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Ketepikan.
Langkah membuat kek:
1. Pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak.
3. Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
4. Masukkan susu segar dan air sedikit demi sedikit, gaul perlahan-lahan biar sebati, kemudian baru putar guna mixer.
5. Agihkan dalam bekas lompang untuk lapisan pertama (coklat), anggaran sukatan dalam 2 sudu besar. Kukus selama 5 minit.
6. Buka penutup pengukus, tuangkan lapisan kedua (cheese). Tak perlu angkat bekas dari pengukus. Sambung kukus selama 5 minit.
7. Tuangkan pula lapisan ketiga (coklat), sama juga tak perlu angkat dari bekas pengukus. Sambung kukus selama 20 minit.
8. Tutup api, sejukkan dulu kek, kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nuralia Idayu
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu, Guna Sukatan Cawan Pasti Jadi!