kek batik milo psj

Jom kita cuba buat Kek Batik Milo PSJ. Tapi kali ini kita cuba guna Milo instant 3 in 1 yang ada gambar Park Seo Jun tu. Memang sedap sangat!

Baru-baru ini Milo ada buat peraduan dan bagi mereka yag menang bakal berjumpa dengan selebriti Korea Selatan iaitu Park Seo Joon pada 25 Februari ini. Wah!

Baca juga: Kek Batik, Dessert Kegemaran Mendiang Ratu Elizabeth II dan Keluarga Diraja British
Baca juga: “Cairnya Oppa Cakap Melayu” – Ramai ‘Excited’ Park Seo Jun Jadi Duta Milo
Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Jadi, peminat-peminat PSJ ini sudah membuat persiapan untuk beri hadiah dan kata-kata ucapan kepada beliau apabila datang ke Malaysia. Ada satu yang menarik minat penulis iaitu resipi Kek Batik Milo PSJ ini. Memang kreatif sungguh!

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh @syazshi di TikTok dan penulis pun rasa macam nak cuba dekat rumah nanti. Al-maklumlah banyak sangat stok milo muka PSJ ini dekat rumah. Hiks! 

Sudah tentu ramai yang gemar makan kek batik. Dimana, kek batik telah menjadi kegilaan ramai di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan kudapan atau manisan yang sedap dan paling mudah dibuat.

Peralatan yang digunakan untuk peyediaan kek batik ini tidak perlu peralatan khusus seperti mixer ataupun blender. ia juga tidak memerlukan penggunaan ketuhar.

Jom kita tengok resipinya di bawah. 


RESIPI KEK BATIK MILO PSJ

kek batik milo psj

Gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan:

  • 3 sachets Milo 3 in 1 
  • 1 bar coklat
  • 50g butter
  • 1 tea spoon coffee
  • 1 cup water
  • 300g biskut Marie

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan dalam satu periuk dan masak sehingga pekat.

2. Selepas coklatnya sudah pekat. Tutup api.

3. Masukkan biskut Marie yang sudah dipecah-pecahkan. Kacau biskut tersebut biar sekata.

4. Kemudian, bahagikan ia ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk kira-kira satu jam.

5. Dah sejukkan, boleh potong comel-comel dan siap untuk dihidang!


Wah! Senangkan resepi kek batik milo PSJ ni. Kalau penjual kek batik bolehlah mencuba resipi ni. Nampak ada kelainan sikit. Selamat mencuba!

Video penuh:

@syazshi

kek batik oppa mailo… PSJ chocolate cake. #milo #milomalaysia #parkseojoon #박서준

♬ 시작 – 가호

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN