kek batik

Kek batik adalah salah satu kek yang cukup popular di negara kita bukan sahaja kerana rasanya yang sedap tetapi juga kerana cara membuatnya yang cukup cepat dan mudah kerana tidak perlu dibakar.

Namun ramai yang terkejut untuk mengetahui bahawa kek yang digelar sebagai ‘kek malas’ oleh orang Arab itu turut merupakan kek kegemaran mendiang Queen Elizabeth selama baginda hidup.

Baca juga: Resepi Kek Batik Indulgence Viral Tanpa Guna Oven, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Menurut seorang bekas tukang masak diraja Britain, Queen Elizabeth gemar dihidangkan pemanis mulut itu ketika waktu minum petang.

Jika di kalangan orang Malaysia, cara membuat kek batik adalah dengan menggunakan biskut Marie serta serbuk Milo, sebuah video yang tular menunjukkan cara membuat kek Diraja itu yang menggunakan coklat berbanding Milo tetapi dengan cara yang sama.

Pendedahan itu membuat netizen tidak sangka kek yang mereka makan tiap-tiap hari itu adalah salah satu tinggalan jajahan British dan ada juga yang teruja kerana berkongsi taste yang sama dengan Ratu England itu.

Walaupun nama kek ini dalam bahasa Inggeris ialah Chocolate Biscuit Cake, namun rupa dan bahan yang digunakan adalah hampir sama dengan kek batik resipi tempatan.

Kek kesukaan mendiang Ratu Elizabeth ini tidak perlu dibakar dan hanya perlu disejukkan dalam peti ais, sama seperti kek batik Malaysia.

Rupa-rupanya, mendiang baginda akan membawa kek ‘feveret’nya ini ke mana sahaja. Setiap hari akan memakan sekeping potongan kecil sehingga keseluruhan kek itu habis dimakan.

Selain dari mendiang Ratu, Putera William dan Putera Harry juga amat sukakan kek batik ini.

Kek Kahwin Belah Pengantin Lelaki, Putera William

Mereka sering memakannya sepanjang zaman kanak-kanak. Putera William amat menggemari kek disaluti coklat ini sehingga kek yang sama diminta untuk dijadikan kek pengantin lelaki semasa perkahwinan dengan Kate Middleton.


Putera William ‘rilek’ je order kek batik masa dia kahwin..Kau hado? Gitew~


Sumber: Daily Mail, Twitter Eli Rahman 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN