Categories: InfomasiResipi

Kedondong Asam Boi Masam Pedas, Bikin Kecur Air Liur!

Kedondong asam boi memang menjadi kegemaran mereka yang sukakan buah masam. Lebih-lebih lagi jika dibuat jus mahupun jeruk.

Menulis entri ini sudah membuat penulis kecur air liur membayangkan masam, manis dan pedas jeruk kedondong asam boi ini.

Cara untuk membuat terlalu mudah dan senang. Nak lagi sedap, jeruk ini perlu makan sewaktu masih sejuk. ConfirmĀ ketagih tak cukup satu bekas!

Jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Mizah Ngatiman yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Baca lagi: Resepi Hash Brown Mudah, Boleh Buat Sarapan Atau Bekal Untuk Anak!

RESIPI KEDONDONG ASAM BOI

Bahan-Bahan:

  • 1 plastik kedondong
  • Garam dan air kapur untuk rendaman secukupnya
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 senduk gula pasir
  • Asam boi secukupnya
  • 1 tangkai cili padi (boleh tambah jika suka pedas)

Cara-Cara:

1. Rendam kedondong dalam air kapur yang dicampur garam selama beberapa jam.

2. Buang kulit buah itu.

3. Rendamkan dengan sedikit kapur dan garam selama 1 jam.

4. Toskan kedondong.

5. Belah dua.

6. Campurkan dengan garam halus, gula, asam boi, dan hirisan cili padi.

7. Gaul rata dan biarkan seketika sebelum dinikmati.

8. Sedap kalau disimpan dalam peti sejuk dan makan sewaktu masih sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca lagi: Resepi Kek Butter Sedap, Guna Cara Ini Mesti Lembut Dan Sekata Punya!

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

1 day ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

2 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

2 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

5 days ago