kaya ball

Hari ini kami ingin berkongsi resipi kaya ball yang mudah dan tidak memerlukan mixer atau blender. Anda hanya memerlukan acuan, seperti acuan takoyaki atau acuan cara.

Resipi ini juga boleh digunakan untuk membuat pancake. Hasilnya sangat lembut dan pasti menjadi kesukaan ramai.

Jadi, kalau anda craving kaya ball boleh je buat di rumah yang pasti sedap dan berbaloi!

Baca juga: Resipi Tart Telur Anti Hanyir, Kena Ikut Sebiji-Sebiji Baru Jadi

RESIPI KAYA BALL

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam *
  • 1 sudu besar gula halus *
  • 3/4 cawan susu segar + 2 sudu besar susu segar * (jadikan 3/4 cawan dan 2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred C *
  • 2 sudu besar butter – cairkan *
  • 1 sudu kecil esen vanila *
  • Kaya secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan bahan bertanda (*) iaitu garam, gula halus, susu segar, telur, butter cair, dan esen vanila dalam satu mangkuk. Kacau sehingga sebati menggunakan whisk.

2. Masukkan tepung gandum dan baking powder ke dalam campuran tadi. Kacau lagi sehingga tepung tidak berketul.

3. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.

4. Sapukan sedikit minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.

5. Picitkan separuh adunan ke dalam acuan kemudian picitkan sedikit kaya di tengahnya. Tambahkan lagi adunan sehingga acuan penuh.

6. Tutup acuan menggunakan penutup periuk dan biarkan selama 3 minit.

7. Kemudian alihkan kaya ball tadi dan biarkan lagi selama 3-5 minit sebelum diangkat.

Dah siap! Jom cuba!

Sumber: Nuhaz Kitchen

Baca juga: Kek Chiffon Oren Gebu, Resipi Terlajak Mudah Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN