Categories: Resipi

Cara Buat Karipap Carbonara, Gaya Moden Untuk Selera Anak!

Kuih karipap yang biasanya kita kenali dengan inti daging atau kentang berempah. Namun kali ini, mari kita cuba karipap carbonara pula.

Sesuai untuk hidangan ringan atau snek istimewa, terutama jika anak-anak nak sesuatu yang lebih moden dan berbeza.

Rasanya yang lembut dan berkrim dari inti carbonara ditambah dengan tekstur kulit karipap yang rangup pasti akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta!

Baca lagi: Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk

RESIPI KARIPAP CARBONARA

Bahan-bahan untuk kulit karipap (Anggaran 10 biji):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras (untuk kelembutan dan rangup)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air sejuk (ais)
  • 2 sudu besar margerin yang dicairkan + 1 sudu besar minyak masak (panaskan)

Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam sebuah bekas.

2. Masukkan margerin cair yang sudah dipanaskan ke dalam tepung tadi.

3. Uli bahan-bahan tadi dengan air ais sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi elastik dan mudah dibentuk.

4. Setelah itu, biarkan doh seketika untuk rehat sebelum dibentuk menjadi kulit karipap.

Bahan-bahan untuk inti karipap carbonara:

  • 4 biji kentang, dipotong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang Holland, dipotong dadu
  • Prego carbonara (secukupnya)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Isi ayam atau daging (ikut pilihan, dipotong kecil)
  • 2 keping keju cheddar
  • Bahan perasa secukupnya (garam, gula, dan perasa pilihan)
  • Daun parsley untuk hiasan dan rasa

Cara-cara membuat inti karipap carbonara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam atau daging, dan masak sehingga bahan tersebut masak sepenuhnya.

3. Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan sedikit air dan biarkan kentang empuk.

4. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam dan Prego carbonara secukupnya, serta bahan perasa seperti garam dan gula.

5. Kacau rata, dan masukkan keju cheddar yang telah dipotong kecil-kecil. Biarkan keju cair dan sebati dengan inti.

6. Terakhir, masukkan daun parsley untuk memberi rasa segar dan aroma yang sedap.

Penyediaan karipap:

1. Ambil doh yang telah dibiarkan rehat dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.

2. Canai doh membentuk bulatan kecil, kemudian letakkan sedikit inti di tengah.

3. Lipat dan bentuk menjadi bentuk karipap yang biasa. Pastikan tepi-tepi karipap dipicit rapat supaya inti tidak keluar semasa digoreng.

4. Goreng karipap dalam minyak panas sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba!

Sumber: Marsha Yanie

Baca lagi: Resipi Ikan Duri Kuah Lada, Gabungan 3 Rasa Gerenti Buat Tambah Nasi!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago