Apabila tiada mood memasak tapi tetap kena sediakan lauk untuk seisi keluarga, kami cadangkan anda buat Kari Telur yang sememangnya cukup mudah.
Kari Telur merupakan masakan kari dari India dan sangat terkenal di negara-negara Asia seperti Malaysia yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Nak tahu rahsia Kari Telur yang sedap, anda boleh mengikut resipi yang dikongsikan oleh Syalfarina Razali di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!
RESIPI KARI TELUR CAMPUR TERUNG
Bahan-bahan:
- 10 biji telur
- Minyak masak secukupnya
- 4 biji bawang merah (saiz sederhana)
- 6 ulas bawang putih
- Udang kering
- 3 sudu besar rempah kari ayam atau daging
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji tomato
- Cili hidup merah
- 1 kotak kecil santan
- Terung
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus 10 biji telur dan goreng telur tersebut. Apabila goreng, rempah akan melekat pada telur dan telurnya lebih sedap.
2. Selepas itu, hiris 4 biji bawang merah sederhana dan 6 ulas bawang putih.
3. Kemudian, tumis dengan menggunakan minyak goreng telur tadi. Setelah naik bau, masukkan udang kering. Ini rahsia masakan telur jadi sangat sedap.
4. Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari ayam atau daging. Masuk sedikit air, tumis sampai pecah minyak. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
5. Masukkan sebiji tomato dibelah 4 dan hirisan cili hidup merah. Tomato adalah MSG semulajadi yang sedap.
6. Masukkan telur yang digoreng, kemudian tuang 1 kotak kecil santan.
7. Masukkan air. Ikut kuah yang dimahukan, jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Didihkan kuah dan masukkan hirisan terung. Jika tak suka, tak payah masukkan terung.
8. Akhir sekali, masukkan sedikit gula dan garam ke dalam kari telur. Tutup api. Siap untuk dihidang!
Tips untuk buat Kari Telur yang sedap adalah dengan meletakkan sedikit udang kering dan anda pasti terkejut dengan hasilnya nanti.
Kari Telur ini cukup sesuai dijadikan sebagai lauk tengah hari atau malam dan kuahnya sangat sedap dihirup ketika masih panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Syalfarina Razali
Baca juga: Resepi Mee Kari Simple, Cara Ringkas Tapi Kuah Gerenti Sedap!