Categories: Resipi

Kari Kambing Simple, Cuci Daging Begini Baru Lembut Dan Tak Berbau

Sudahkah anda memikirkan hidangan pada Hari Raya Haji nanti? Jika anda dapat daging kambing, anda boleh buat Kari Kambing simple tau.

Ramai yang fikir masak Kari Kambing ini cukup renyah, tapi ia sebenarnya taklah susah seperti yang dikongsikan.

Sheena Supramaniam telah kongsikan resipi Kari Kambing simple, siap tips cuci daging kambing yang menarik. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Kambing Masala, Sedap Dimakan Bersama Nasi Minyak

RESIPI KARI KAMBING SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 hingg 1.5kg kambing
  • Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Segenggam daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 sudu besar kari ayam atau daging
  • Serbuk cili (secukup rasa)
  • 2 biji tomato (dipotong empat)
  • 2 biji kentang (dipotong kiub)

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara:

1. Kisarkan bawang putih, bawang merah kecil dan halia, kemudian ketepikan.

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih).

3. Masukkan jintan manis dan daun kari, kemudian  goreng seketika.

4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi, kemudian masukkan kambing.

5. Tambahkan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati.

6. Tambahkan air secukupnya atau sehingga kambing sudah tenggelam.

7. Apabila sudah mula mendidih, masukkan sebiji tomato.

8. Pindahkan bahan-bahan ke dalam periuk dan tutupkan periuk. Biarkan reneh pada api yang perlahan selama 20 minit, jangan lupa kacau setiap 10 minit.

9. Apabila kari sudah menjadi pekat, tambahkan serbuk kari daging atau ayam, serbuk cili dan gaul sehingga sebati.

10. Tambahkan kentang dan masak sehingga empuk, kemudian masukkan pula sebiji tomato untuk perhiasan. Nak tambah daun sup pun boleh.

Begitulah resipi dengan langkah demi langkah untuk buat Kari Kambing simple. Bolehlah cuba untuk Hari Raya Haji nanti.

Nak elak daging kambing yang mempunyai bau hamis, anda perlu cuci daging kambing dengan serbuk kunyit tau. Barulah tak berbau apabila makan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Sheena Supramaniam

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago