Categories: Resipi

Kari Ayam Minang, Rasa Pedas & Berempah Memang Bukan Kari Biasa-Biasa, Patut Dicuba!

Bagi mereka yang gemar makanan pedas, kari ayam minang ini sesuai kerana penggunaan cili padi yang banyak, namun anda boleh sesuaikan kepedasannya mengikut selera.

Berlainan dengan kari Melayu mahupun kari mamak, kari ayam ini lebih pedas serta berlemak. Anda semestinya wajib mencuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Rahmah Rosmin ini.

Jom lihat resipi juadah ini di bawah.

Baca lagi: Cara Buat Puding Karamel Telur, Rupanya Tak Nak Hanyir, Kena Tambah Ini…

RESIPI KARI AYAM MINANG

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong
  • 20 tangkai cili padi (boleh kurangkan atau tambah mengikut tahap kepedasan yang diingini) *
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 paket kecil rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 biji kentang, dipotong empat
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai, diketuk
  • Santan (ikut kepekatan yang disukai)
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam, gula, dan perasa secukupnya

* (Bahan bertanda ini perlu dikisar atau ditumbuk halus)

Cara-Cara Penyediaan:

1. Kisar atau tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga halus.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau wangi dan garing.

3. Tambahkan daun limau purut dan serai ke dalam kuali. Kemudian, masukkan bancuhan rempah kari daging dan tumis sehingga pecah minyak (rempah menjadi garing dan keluar minyak di permukaan).

4. Masukkan dua gelas air untuk menghasilkan kuah. Biarkan mendidih.

5. Masukkan ayam dan kentang yang telah dipotong. Biarkan ayam dan kentang masak sehingga empuk.

6. Setelah ayam dan kentang hampir masak, masukkan asam gelugur, garam, gula, dan perasa secukup rasa. Kacau rata.

7. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau perlahan. Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan masak sebentar hingga semua bahan sebati. Jangan terlalu lama agar santan tidak pecah minyak.

Selamat mencuba!

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca lagi: Cara Buat Lengkong Kenduri Dulu-Dulu, Lembut Dan Cantik Berkilat Hasilnya

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

11 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

12 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago