Nak masak sayur Kangkung Goreng Belacan gerenti sedap macam kedai Thai? Anda kena buat ini dahulu sebelum menumis sayur. Memang menjilat jari dibuatnya!
Lauk sampingan yang ringkas dan simple ini memang menjadi pilihan ramai ketika makan di restoran tomyam atau kedai thai.
Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Kandungan gizi dalam kangkung mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serat.
Baca juga: Teknik Betul Bersihkan Sayur, Tambahkan 1 BAHAN Ini Semasa Cuci
Kangkung juga baik untuk kesihatan mata, perkembang otak, menjaga kesihatan jantung dan dapat menurunkan kolesterol dalam badan. Wah! Banyak khasiat kangkung ini.
Untuk menjadikan hidangan ini lebih sedap, pastikan anda membakar dahulu belacan sebelum menumis dengan bahan-bahan yang lain. Barulah aroma dan rasa lauk ini lebih kaya dan membuka selera.
Silap haribulan, bertambah makan dibuatnya! Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Afidah Catalyst ini.
Nak share resepi kangkung belacan sedap ala kedai Thai tu. Boleh cuba resepi kat bawah, confirm menjadi!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar + belacan.
2. Tumis sehingga bau semerbak satu rumah, kalau ada yang terbersin, itu tandanya terlebih cili dan belacan.
3. Masukkan udang atau ayam atau fishball + air.
4. Kemudian, masukkan sos tiram & batang kangkung.
5. Bila batang kangkung sudah separuh masak, bolehlah masukkan daunnya pula.
6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto
7. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang dalam pinggan lauk.
Selamat mencuba resipi sayur kangkung goreng belacan gerenti sedap ini.
Sumber: Nurul Afidah Catalyst
Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…