Categories: Resepi

Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti

Rindunya nak makan Kambing Peratal. Jom masak lauk ini pula di rumah! Selalunya jumpa lauk ini di kedai mamak atau di kenduri kendara je.

Resipi original dari kaum india ni pasti buatkan korang rasa teruja nak cuba.

Kambing peratal ni selalu dianggap hidangan istimewa sebab tak semua tempat ada hidangannya. Cara masaknya pun kena tengok gaya juga. Sebab tu kadang-kadang ramai yang tak makan kambing melainkan dimasak dengan cara yang betul dan kena dengan selera.

Baca juga: Nasi Kari Kambing/Daging Versi Ekspres Senang & Cepat

Hidangan ini antara yang sedap dan menyelerakan, lebih-lebih lagi kaya dengan bahan rempah. Makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap apatah lagi dihidangkan dengan nasi berperisa seperti nasi briyani dan nasi minyak.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Michelle Shelle yang dikongsi melalui laman Facebook hingga meraih 2K shares ini. Memang mengiurkan tengok dari gambar.

Cumanya korang kena gigih sikit menyediakan bahan sebab nak dapatkan hasil kari kambing yang padu, bahannya memang agak banyak.


RESIPI KAMBING PERATAL

Bahan-bahan: 

  • 1 kg Daging Kambing – potong kecil
  • 2 Bawang merah – dihiris
  • 7 biji Bawang putih
  • 7 cm Halia
  • 5 biji Ubi Kentang – potong dadu
  • 1 biji Tomato – potong dadu
  • 2 sudu kecil Jintan manis
  • 1 batang Kayu manis
  • 5 biji bunga lawang
  • 3 biji Cengkih
  • 5 tangkai daun Kari
  • 4 sudu besar serbuk Kari Daging
  • 5 sudu besar serbuk Cili biasa
  • 2 sudu besar sos Tomato
  • 1 sudu besar Kicap pekat
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak:

1. Guna Periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi & tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk) masukkan ke dalam dan masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau.

2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan. 

3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan.  Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih,
bawang merah tumis sampai keperangan dan masukkan daun kari.

4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis sehingga keperangan. Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah
masak ke dalam kuali dan kacau seketika.

5. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja kemudian masukkan ubi kentang ke dalam dan kacau.

6. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk
cucuk daging kambing, guna garpu untuk check dah lembut ke belum.

7. Tuang sos tomato dan kicap pekat. Kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat.

8. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidang!


Sedap kalau hidangkan dengan nasi putih panas atau roti. Kalau nak buat hidangan istimewa hari raya bersama lemang dan pulut kuning lagi bertambah sedap.

Walaupun bahannya agak banyak, tapi cara penyediaannya tidaklah sesukar mana. Kuahnya pula cukup sedap bila penuh dengan aroma rempah.

Selamat mencuba! 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago