Kadang-kadang tu mesti korang tercari kafe cantik yang menyajikan makanan sedap dan yang paling penting sesuai untuk bawa family berkumpul dan makan sama-sama kan? Selalunya bila kafe tu dah cantik tapi tak sesuai pula untuk berkumpul bersama keluarga sebab susana restoran yang kurang sesuai. Dan ada pulak yang menyajikan makanan yang kurang memuaskan.
Haa sekarang anda dah tak perlu risau tau sebab ada sebuah kafe di Cyberjaya yang sesuai sangat untuk anda makan bersama ahli keluarga anda. Dan sudah tentulah makanan di sini juga sedap belaka!
Sebuah akaun di Twitter @juannebae ada berkongsi sebuah kafe yang cantik dan fancy tau. Confirm anda akan berpuas hati lah kalau makan kat sini. Nama kafe ini ialah Giggles & Geek dan terketak di Cyberjaya.
” Instagrammable, pretty and super cosy! ”
Ruangan kafe ini besar tau! Dan ada dua ruang iaitu di dalam dan di luar. Kedua-duanya sesuai untuk anda lepak makan bersama keluarga anda.
Selain dari keluarga, kalau anda nak datang bersama pasangan anda pun sesuai sangatlah.
” Bawa family sesuai, gathering with friends boleh, nak makan sambil meeting pun orait, and datingggg pun letop wak ”
Selain daripada tempat nya yang cantik, makanan di sini juga mendapat pujian dari orang ramai kerana makananya yang sedap dan harganya juga berbaloi dengan kualiti makanan yang disediakan.
” Fancy dan sedap. Kalau korang ragu ragu boleh tengok Google review. Aku kalau nak gi makan je mesti tengok Google Review, kalau onzzzz rate macam Giggles & Geeks ni terus pergi ”
Nampak menarik kan makanan mereka? Yaa, makanan di sini kesemuanya sedap tau. Kalau anda ada plan nak makan bersama keluarga anda, anda wajib datang dan cuba makan di kafe ini. Confirm puas hatilah!
Sumber: @juannebae
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…