Categories: Resipi

Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu

Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara masak Kacang Panjang Tumis Tauhu yang segar, sedap dan mudah dibuat.

Kacang panjang adalah antara sayur popular yang sering dimasak secara tumis atau goreng. Selain itu, ada sesetengah orang yang jadikannya sebagai ulam.

Tekstur kacang panjang yang rangup dan segar pasti membuatkan selera terangkat, lebih-lebih lagi apabila dimakan dengan nasi putih yang panas. Silap-silap, makan sampai tak berhenti.

Jika anda tiada idea untuk buat hidangan sayur pada hari ini, boleh ikut resipi Kacang Panjang Tumis Tauhu yang dikongsikan oleh Roslinda Razak di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Petua Sayur Segar Semula Daripada Layu, Mak-Mak Boleh Guna Trik Ini Di Rumah

RESIPI KACANG PANJANG TUMIS TAUHU

Bahan-bahan:

  • 12 batang kacang panjang (dipotong kecil)
  • 2 keping tauhu (potong dadu dan digoreng)
  • 3 batang cili hidup merah (ditumbuk)
  • ½ biji bawang besar (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ atau 1 kiub pati ikan bilis (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 2 sudu besar sos tiram (saya guna jenama Life)
  • Sedikit air
  • Minyak (untuk menumis)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu.

2. Selepas itu, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau.

3. Kemudian, masukkan kiub bilis dan tumis sekali dengan bahan-bahan tumbuk sehingga hancur.

4. Seterusnya, masukkan sos tiram dan letak air sedikit supaya tak kering.

5. Setelah itu, masukkan tauhu dan kacang panjang.

6. Akhir sekali, kacau sekejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Oleh disebabkan kiub ikan bilis dan sos tiram sudah cukup rasa masinnya, jadi anda tak perlu letak garam dalam Kacang Panjang Tumis Tauhu ini.

Jika suka, anda juga boleh letak telur untuk menambahkan lagi kelazatan hidangan sayur ini. Setelah membuatnya, pasti keluarga anda puji betapa sedapnya masakan anda nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Roslinda Razak

Baca juga: Sawi Masak Sos Tiram Paling Simple, Simbahan Kuahnya Buat Selera Tertarik!

Aimi

Recent Posts

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

1 hour ago

Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…

2 hours ago

Resipi Daging Enoki Roll, Paling Sedap Diratah Begitu Sahaja!

Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…

2 hours ago

Resipi Bihun Goreng Lada Putih, Sepantas Kilat Boleh Siap Masak!

Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…

2 hours ago

Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…

4 hours ago

Resepi Puteri Ayu Sukatan Cawan, Gebu Elok Siap Semerbak Bau Pandan!

Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…

5 hours ago