Spaghetti Carbonara tidak asing lagi dalam kalangan peminat makanan western. Apa kata kali ini jom cuba kelainan pula dengan membuat Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam.
Rasanya yang berkrim dan masam-masam pedas pasti dapat memikat hati anda! Dijamin anda akan suka kerana tidak muak kerana ada sedikit rasa pedas. Confirm licin sepinggan makan sorang-sorang!
Jom cuba masak menggunakan resipi perkongsian oleh Aien Mohamad di bawah. Boleh buat untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Semoga bermanfaat!
Resipi Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam
Bahan-bahan (untuk 3 orang makan):
- 2 sudu besar buttercup
- 5 ulas bawang putih (cincang halus)
- Cendawan butang
- Cili padi (kalau nak pedas)
- 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
- 2 sudu besar pes tomyam
- Udang
- Daun limau purut
- Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)
Cara penyediaan:
- Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan cendawan butang.
- Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
- Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
- Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
- Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
- Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!
Nota: Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi anda boleh season to taste ikut selera ya.
Untuk ayam grilled pula: Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.