Bila sebut je Melaka mesti anda akan terfikir tentang bandar bersejarah dengan bangunan-bangunan yang penuh dengan sejarah yang tersendiri kan? Haa dekat Melaka, sebenarnya ada banyak makanan popular yang patut pelancong datang dan cuba confirm akan teringat-ingat dengan makanan di sini! Jom kita food hunting di 7 tempat makan popular di Melaka.
1. Pak Putra Tandoori & Naan (Restoran Pak Putra)
Kalau korang ke Melaka tapi tak singgah ke restoran ni memang rugi sangat lah! Restoran Pak Putra ni memang sangat popular dengan Naan Cheese dan Ayam Tandoori mereka. Selain itu, ramai juga yang menggemari buttermilk mereka sebab rasa pedas dan berlemak manis yang memang cukup sedap dan memikat. Anda memang patut cuba!
Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Beroperasi: Selasa – Ahad (5.30PM – 1AM)
2. Mango Float Royale
Haa, anda jangan terkejut kalau ke sini anda nampak orang ramai beratur nak beli Mango Float Royale yang viral ni. Harganya sangat la murah dengan kualiti air mango float yang anda akan terima. Buah mango yang sangatlah besar dan fresh ini pasti akan buat anda segar lagi-lagi kalau diminum ketika panas fuhhh…
Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Melaka
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (11AM – 5.30PM)
3. Cendol Kampung Hulu
Ada perbezaan sebenarnya antara cendol di Melaka dan cendol di tempat lain. Rasa cendol di sini lebih pekat berlemak santan daripada cendol yang lain kerana cara penyediaannya yang lain. Kalau anda nak tahu, untuk menghasilkan cendol ini, mereka tidak menggunakan teknik biasa dengan santan dan ais, tapi menggunakan santan yang dibekukan yang kemudiannya dikisar. Wow.. anda dapat bayangkan kepekatan rasa lemaknya haa memang dijamin sedap lah!
Alamat: 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (4PM – 12AM)
4. Big Food Kitchen
Kalau ke restoran ni anda digalakkan untuk datang bersama keluarga atau rakan-rakan sebab kalau anda datang sorang memang takkan habis makanan ni kerana portionnya yang sangat besar! Kalau anda nak cari port makan yang sedap, selesa, luas dan harga berpatutan.. jom singgah di Big Food Kitchen.
Alamat: No. 1, Kampung Duyong, 75460, Melaka
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (4PM – 12AM)
5. Nasi Beriani Haji Tamby
Kedai Nasi Beriani Haji Tamby ni dah wujud sejak tahun 1969 lagi, haa kedai makan ni memang legend lah dan rugi sangat kalau anda ke Melaka tetapi tidak singgah makan nasi beriani di sini. Yang uniknya di kedai makan ini ialah anda akan dapat menikmati nasi secara percuma, anda hanya perlu bayar harga lauk-pauknya sahaja. Tapi kenapa? Ini sebab pemilik Nasi Beriani Haji Tamby percaya dengan janji Allah yang kita tak akan miskin dengan bersedekah. Haa, tak percaya? anda patut cuba sendiri.
Alamat: 73 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Waktu Beroperasi: Khamis – Selasa (7AM – 4PM)
6. Restoran Selera Ibuku
Sekiranya korang nak makan masakan Melaka seperti asam pedas, meh cuba makan di Restoran Selera Ibuku. Di restoran ini ada juga menyajikan lauk gulai tempoyak, masak lemak cili padi salai, claypot asam pedas dan banyak lagi! Tapi yang paling diminati ramai, menu special mereka iaitu ‘Nasi Goreng Seafood Berkembur’! Dalam nasi ni ada isi ketam, udang galah, kupang dan sotong. Nasi goreng dibungkus dengan telur dan dikembur dgn kuah seafood yang istimewa dan aromanya pasti akan memikat selera anda. Anda wajib cuba makan di restoran ini.
Alamat: 30G, Jalan pm 9 Plaza mahkota, Bandar Hilir, 75000, Melaka
Waktu Beroperasi: Rabu – Isnin (12PM – 12AM)
7. Deli Muara Ikan Bakar
Ramai orang jika ke Melaka memang tak sah kalau tak makan ikan bakar di Deli Muara Ikan Bakar. Restoran ini merupakan salah satu daripada restoran ikan bakar yang popular di Melaka. Ramai orang akan datang terutama dihujung minggu dan cuti umum. Selain itu, suasana di restoran ini sangat menarik. Anda akan menikmati juadah berhadapan dengan muara Sungai Punggor Laut yang dipenuhi dengan bot-bot nelayan. Sudah tentu makanan laut di sini segar semuanya.
Alamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (5.30PM – 12AM)
Sumber: MaiSinggah