nasi goreng tanpa nama

Jika anda merupakan pengguna TikTok, pasti banyak terjumpa pelbagai resipi mudah yang dikongsikan oleh pengguna lain. Salah satu resipi viral iaitu resipi nasi goreng tanpa nama yang telah dikongsikan semula oleh saudari Har Ryea di laman sosial Facebook.

Menurutnya, resipi tersebut diperoleh dari TikTok yang tidak tahu namanya. Siap add on sotong, rupanya rasa jadi makin sedap! Jom lah cuba, mana tahu kena dengan selera.

Resipi Nasi Goreng Tanpa Nama Dari TikTok

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada merah
  • Sedikit cili padi hijau
  • Ikan bilis
  • Telur
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Serbuk kunyit
  • Sotong
  • Nasi

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.

2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan,

3. Guna minyak tadi, masukkan telur. Bila dah masak sikit, hancurkan telur tu. Ketepikan.

4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.

5. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit serbuk kunyit.

nasi goreng tanpa nama

6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya. Gaul rata semua bahan.

nasi goreng tanpa nama

7. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap. Siap.

Selamat mencuba!

nasi goreng tanpa nama

Kredit: Har Ryea