Jika anda merupakan pengguna TikTok, pasti banyak terjumpa pelbagai resipi mudah yang dikongsikan oleh pengguna lain. Salah satu resipi viral iaitu resipi nasi goreng tanpa nama yang telah dikongsikan semula oleh saudari Har Ryea di laman sosial Facebook.
Menurutnya, resipi tersebut diperoleh dari TikTok yang tidak tahu namanya. Siap add on sotong, rupanya rasa jadi makin sedap! Jom lah cuba, mana tahu kena dengan selera.
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan,
3. Guna minyak tadi, masukkan telur. Bila dah masak sikit, hancurkan telur tu. Ketepikan.
4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit serbuk kunyit.
6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya. Gaul rata semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap. Siap.
Selamat mencuba!
Kredit: Har Ryea
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…