PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-16 03:38:11
Kebiasaanya Lemang Periuk Kera ni akan dimasak ketika musim hari raya Aidilfitri. Peminat lemang pasti akan sukakan resepi ini kerana rasanya yang lebih sedap serta cara pembuatannya yang mudah. Kalau diikutkan, cara untuk membakar lemang memang agak leceh kerana perlu menunggu untuk beberapa jam tetapi Lemang Periuk Kera ni hanya perlu kukus untuk beberapa minit sahaja. Jadi tak perlu bersepah dapur semata nak makan lemang. Jadi mari kita cuba resepi dari Halizar Mohamed Salleh yang dikongsikan oleh page Resepi MAMA di Facebook.
Kredit: Halizar Mohamed Salleh
Bahan-bahan:
- Periuk kera
- Beras pulut
- Santan sederhana pekat
- Garam secukup rasa
- Gula secukupnya
Kredit: Halizar Mohamed Salleh
Cara-cara:
1. Gunting tebing di bahagian mulut periuk kera.
2. Bersihkan periuk kera dengan air di bahagian luar dan daam hingga bersih. Boleh guna berus gigi (baru) untuk bersihkannya. Berus perlahan-lahan. Boleh juga guna sebarang berus lain yang bersesuaian.
3. Basuh beras pulut hingga bersih dan toskan. Jumlahnya ikut jumlah periuk kera yang ada.
4. Santan pula dicampur dengan garam dan gula sebagai penambah rasa. Kacau hingga bahan perasa larut.
5. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kera hingga memenuhi 2/3 bahagian.
6. Kemudian tuangkan santan ke dalam periuk kera tadi.
7. Kukus selama 30-40 minit hingga masak.
8. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: Halizar Mohamed Salleh
Selamat Mencuba
Kredit: Halizar Mohamed Salleh