Rakyat Malaysia dan makanan yang pedas memang berpisah tiada. Siapa sahaja yang tidak suka makanan pedas kan? Lagi-lagi kalau sambal tumis makan bersama nasi putih sama-sama.

Tetapi macam biasa tidak ramai yang tahu membuat sambal yang betul-betul sedap dan cukup rasa. Jom cuba resepi sambal ikan tongkol ini.

Bahan-bahan

  • 1 genggam cili kering – rendam air panas,basuh dan toskan.
  • 2 ulas bawang putih ( 1 ulas dikisar, 1 ulas dihiris nipis)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Aji

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisarkan cili kering, bawang putih, dan bawang merah bersama setengah cawan air.
  2. Gorengkan ikan tongkol sehingga masak dan garing.
  3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan.
  4. Masukkan 3 sudu kecil gula dan asam keping. Masak sehingga sambal menggelegak.
  5. Sekiranya sambal sudah pecah minyak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  6. Masukkan sedikit air sekiranya sambal kering dan gaul sehingga sebati.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Aieda Sheema

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN