PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-06 07:58:47

Mesti ramai yang suka makan nasi ayam kan. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada kanak-kanak hinggalah ke warga emas. Sebab itulah ibu-ibu kena standby siap-siap at least satu resepi nasi ayam special untuk dimasak buat keluarga ataupun tetamu yang hadir. Jadi apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di laman Facebooknya.

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

BAHAN-BAHAN (A) (bahagian luar)

  • 1 ekor ayam (tidak dipotong)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk bunga lawang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk cengkih

*Kalau tak ada serbuk,boleh juga kisar sekali semua rempah di atas.

  • 3 sudu besar madu
  • 3 sudu besar kicap soya manis
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar bawang putih yang dikisar
  • 1 tin susu atau cangkuk kalau ada

 

BAHAN-BAHAN (bahagian dalam)

  • 1 sudu kecillada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk bunga lawang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk cengkih
  • Secubit garam
  • 2 simpul daun pandan

 

Cara-cara:

1.Toskan ayam.Gunakan sebilah pisau yang sesuai untuk mengopek sebahagian kulit ayam (*bahagian atas dan kiri kanan badan ayam,dari bahagian bawah). Sila lihat gambar. Tak perlu ke dalam sangat, cukup sejengkal.

2. Masukkan tin kosong ke dalam badan ayam dan dirikan di atas sebuah pinggan seperti dalam gambar. Keringkan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.

3. Keluarkan ayam dari peti sejuk. Sapukan rata bahan perap B ke bahagian dalam ayam. Masukkan juga simpulan daun pandan.

4. Campur kesemua bahan A dan gaulkan ke seluruh bahagian ayam. Masukkan sekali lagi ke dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 atau 5 jam.

5. Sapukan minyak ke atas seluruh permukaan ayam dan bakar sehingga perang selama 20 minit.

6. Setelah ayam berwarna perang/sedikit perang, keluarkan dan terbalikkan ayam. Sapukan sedikit minyak sekali lagi.Bakar lagi untuk selama 90 minit.

7. Pada 20 minit terakhir boleh terbalikkan ayam sekali lagi kembali pada kedudukan asal (tak perlu letak minyak). Bakar sehingga ayam betul-betul masak dan kelihatan keseluruhan kulit ayam berwarna perang gelap/garing. Siap.

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

Nasi ayam basmathi

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras Basmathi (ikut sukatan atau cara penyediaan beras Basmathi yang dipilih) Yang saya pakai ini tak perlu direndam, sukatan 1 : 1.1 cawan air/sup
  • 5 cawan kuah sup ayam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tangkai daun sup
  • 3 simpul daun pandan
  • 5 biji bawang putih dan 2 inci halia dikisar bersama
  • 3 atau 4 sudu marjerin

 

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan sehingga sebati dan naik bau.
  2. Masukkan beras dan air,
  3. Gaul rata dan masak di atas gas atau rice cooker seperti biasa.

 

Sos Kicap

  • Lebihan bahan perap ayam,campurkan dengan kuah sup, panaskan siap.

 

Sos Cili

  • Pakai sos Thai dalam botol saja.

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Selamat Mencuba!! 

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN