Sedapnya onion ring. Bukan setakat budak, orang dewasa pun suka makan. Walapun asasnya guna bawang, tapi tak terasa bila dah digoreng macam ni.
Guna 1 biji bawang pun dah cukup kalau tak makan ramai, memang jimat! Buat kudapan minum petang sambil menonton tv, confirm laju je habis sepinggan.
Nak cuba buat? Jom lihat cara-caranya di bawah.
1. Campurkan semua tepung. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan bancuh dengan sedikit air untuk salutan basah, 1 adunan lagi untuk salutan kering.
2. Potong bawang holland, leraikan.
3. Hiris cheddar cheese, kemudian balutkan ditengah-tengah antara 2 bawang (rujuk gambar).
4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung basah, celupkan pula kedalam bahagian tepung yang kering.
5. Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.
6. Masak dalam air fryer selama 15minit pada suhu 180°C.
Selamat mencuba!
Kredit: Noor Atikah Mahmood
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…